- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Istilah ‘mat rempit’ kini ditukar ‘samseng jalanan’

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof. 

Berita Harian 19/05/09


Saya bukan pakar psikologi atau psikatri, tapi setakat yang saya ketahui kedua-dua istilah itu tidak membawa apa-apa kesan kerana keduanya menunjukkan kepada kejahatan. Bahkan istilah samseng lebih keras. Entah mengapa orang kita suka bermain dengan kata-kata dan terlampau mengambil kira istilah. Dalam perkiraan Maqasid, yang penting bukan istilah tapi hakikat sesuatu. 


About The Author

4 thoughts on “”

  1. biasalah kat malaysia ni. satu pihak cuba memerangi mat rempit”samseng jalanan” .maka seluruh jentera kerajaan dan peruntukan yang banyak dari cukai rakyat makaysia dicurahkan dan berapa banyak pula tenaga dikerahkan untuk memerangi rempit.satu pihak lagi , dalam kementerian kerajaan juga , menonjolkan kehebatan dan keseronokan rempit melalui filem2 dan drama2.tak ada sekatan ,penapisan.sebabnya dibelakang produksi filem ini ada dato`-dato` yang berkepentingan diri walaupun menjahanamkan anak bangsa sendiri.asal anak bini aku loaded.biar mampus orang lain tak apa.masalah sama juga dengan dadah ,mana ada habis dadah kat malaysia.semakin banyak ada.dulu gejala penggunaan ectasy pernah menyerang remaja-remaja cina sehingga menimbulkan rasa bimbang di kalangan masyarakat cina.pemimpin -pemimpin mereka telah bersatu dan mengambil langkah drastik .mereka turun padang untuk membenteras dan membasmi gejala ini daripada pemimpin bawahan hingga pemimpin atasan tanpa mengira parti politik.kerana ini menggugat survival bangsa mereka.sekarang juara pil2 ectasy adalah melayu sebangsa dengan kita.pemimpin kita bercakap tentang kepentingan melayu apabila hendak menarik sokongan dalam pemilihan parti atau dalam pilihanraya.lepas tu melayu kemana agama kemana .yang penting aku telah dapat jawatan.ana rasa ia ada kaitan dengan genetik lah .genetik melayu ni bukan genetik dominan.kalau kita lihat india kahwin dengan melayu ,anak macam india.cina dgn melayu.nampak cina.melayu dengan arab nampak arab.kita kena buat kajian apa kelebihan dan kekuatan kita disebalik ni untuk kita bangkit sekurang-kurangnya dapat menyaingi bangsa lain yang lebih dominasi dari segi genetiknya.-nuar kenitra.

  2. saya rasa dalam hal ni ape yang cuba polis lakukan dalam segi psikologi. Ayat ‘mat rempit’ dah jadi kebanggaan untuk golongan ni kalau dipanggil begitu. Sebab tu biasa dengar ayat ‘jom merempit’. Untuk budak sekolah mereka bercita2 untuk dipanggil mat rempit, lagipun istilah rempit cuma bermaksud bawa motor laju dan membahayakan orang lain. Mungkin bila dipanggil samseng jalanan sedikit sebanyak generasi baru tak berminat nak jadi
    ‘mat samseng jalanan’ dibandingkan dengan ‘mat rempit’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0