Keberanian Ulamak
Sewaktu saya melayari internet saya tertarik pada satu artikel dalam web qaradawi.net. Ruangan yang menceritakan keadaan Dr Yusuf Qardawi ini bertarikh 24/4/09. Ruangan ini agak menarik kerana menceritakan tindakan Dr Yusuf QArdawi menymbunyikan fatwanya kerana takut menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Pendapat yang sememangnya kontraversi itu ialah beliau melihat harus bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram jika ada da sebab pertama keperluan mendesak dan aman dari fitnah. Beliau telah bertindak menyembunyikan fatwa ini beberapa tahun sehinggalah beliau muatkan pandangan ini dalam buku beliau Fatawa Muasirah jilid dua.
Beliau juga mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Abu Zuhrah telah menyembunyikan fatwanya selama 20 tahun. Abu Zuhrah berpandangan bahawa hukum rejam bagi wanita muhsan yang berzina telah di nasakhkan. Beliau merasakan pendapat ini mungkin akan membawa kekecohan lalu ditangguhkan penyiarannya. Akhirnya Muhammad Abu Zuhrah menyatakannya didepan ulamak-ulamak besar seperti Mustafa Zarqa, Subhi Soleh dan Husin Hamid Hassan di Libya tahun 1972.
Dr Yusuf qardawi memuji para ulamak yang berterus terang dan
Dalam ruangan itu juga melaporkan bahawa Dr Yusuf Qardawi mengkritik para ulamak yang sering memberikan pendapat bagi mendapat keredaan pemimpin. Selain itu, a
Apabila saya membaca tulisan tersebut, saya
Dinegara kita rata-rata ulamak masih ditakuk lama (maaf para ulamak, bukan semua ya) Mereka suka mengulang-ulang kata-kata yang sama, masih meghadkan rujukan kepada beberapa kitab tertentu, masih menganggap wajib berpegang dengan pendapat dalam mazhab, masih menganggap agama mestilah sukar, tidak dapat difikir dengan lojik dan berbagai-bagai pandangan yang telah hampir disepakati di negara Arab sebagai kurang tepat. Contoh yang saya boleh berikan secara specifik ialah bagaimana ramai lagi pensyarah di peringkat IPT jika disebut ilmu Maqasid Syariah mereka anggap satu ilmu yang pelik. Ramai juga yang menganggap jika diikuti ilmu ini makan jahanamlah agama.
Mengapa fenomena ini boleh wujud di negara kita sedangkan kitab-kitab baru banyak dijual dan berselerak di perpustakaan? Apakah para ahli ugama kita kurang update maklumat sehingga ketinggalan puluhan tahun? Bahkan lebih parah lagi ada juga yang menganggap perbincangan mengenai status hadis sama ada sahih atau daif adalah tidak perlu, yang penting ialah niat untuk beribadat. Kalau orang itu ualamk kampung saya tak kesah tetapi kalau dia bekas mufti maka saya juga ada hak untuk bercakap…….
pandangan anda dihargai
kalo ada ulamak yg tak pernah dgr maqasid syariah..tu bukan ulamak..itu taraf2 lebaije..
takbirrrr
mungkin kita kata lebai malang?