Asas Kefahaman Islam (4)
Resepi kedua dalam asas kefahaman Islam ialah isu rujukan. Isu ini akan mempunyai beberapa pecahan. Pertama sekali ialah quran dan sunnah. Seperti yang diketahui umum seorang Islam mestilah menjadikan quran dan sunnah sebagai panduannya yang tertinggi. Namun demikian perlu diingatkan sebahagian besar umat Islam tidak dapat menggali apa-apa maksud daripada quran dan hadis. Pastu bagaimana nak jadikannya sebagai sumber tertinggi, baca pun tak pandai, yang pandai tak paham, yang paham pula banyak yang kabur saja.
Sebenarnya isu menjadikan quran dan sunnah sebagai panduan hidup hanyalah prinsip asas bagi orang yang tidak mahir berhubung dengan kedua sumber ini. Sebenarnya mereka hanya bertaklid atau mengikut apa yang dikatakan oleh Ulamak yang mereka percayai jika timbul sesuatu masaalah. Ikutan dan taklid itu berdasarkan kepercayaan mereka ulamak itu telah mengambilnya daripada sumber yang betul.
Bagi para ulamak pula quran dan hadis mestilah difahami dengan bahasa arab yang betul. Ini merupakan syarat terpenting. Sebab itu, ajaran yang memahami quran dengan bahasa sendiri dianggap ajaran sesat. Namun demikian, kalau perselisihan berlaku dalam bahasa arab yang betul ianya tidak dianggap sesat. Saya rasa saya tak nak terang panjang bab ini, nanti terangkan lain kali
Kembali kepada quran bermaksud kembali kepada ajarannya, kembali kepada roh quran dan tujuan yang mahu disampaikannya. Satu perkara yang perlu diingat ialah quran mengandungi arahan dan maklumat dalam dua keadaan
1- Pertama quran menerangkan sesuatu secara jelas dan tidak ada sebarang keraguan. Contohnya wajib melaksanakan hukum Allah, itu arahan yang tidak boleh di ragui lagi. Sifat arahan ini ialah mesti dan tegas, kalau dilanggar berdosa dan memperkecilkannya boleh membawa kekufuran
2-Kedua ialah quran menerangkan sesuatu secara kabur. Dalam keadaan ini para ulamak sudah tentu akan berbeza pendapat kerana arahan Allah kabur dan masing-masing menggunakan kemahiran yang mereka miliki untuk sampai kepada pandangan yang paling benar pada pandangan mereka
Lantaran ada dua kategori inilah, banyak kali kita dapati, sesuatu polemik yang ada sokongan ayat quran tetapi ulamak masih tidak sependapat. Apa yang saya nak jelaskan disini ialah, kata-kata kembali kepada quran itu tidak bermakna suasana perselisihan pendapat tidak wujud langsung. Perselisihan akan tetap wujud kerana ruang-ruangnya telah disediakan oleh Allah sendiri. Kalau tuhan tidak mahu ada langsung perselisihan, sudah tentu segala perkara akan di beritahu secara spesifik.
Tengah-tengah dok tengok kitab2 sirah dan ulasan-ulasan dari para ulama ,ana lihat waqi` kat malaysia ,masih ramai lagi kalaupun bukan mjoriti melihat nabi itu dari aspek fiqh.sebab itu kita dapati ruang lingkup ibadat orang melayu hanya tertumpu kepada solat puasa dsb dalam ruang lingkup ibadah khususiyah.yang lain tidak dianggap ibadat atau atau kurang pahala.sekarang ni kita kena tumpukan rasululullah dalam dimensi lain kalau kita nak mengubah mentaliti orang melayu dalam kefahaman islam yang syumul ,kamil dan mutakamil. satu pengisytiharan Rasulullah sebagaimana yang dirakam dalam al-quran .”wa kuntu illa basyaran rasula” dua dimensi dalam ayat ini.aspek kemanusiaan dan kerasulan.yang ana nak tekankan di sini adalah aspek kemanusiaan.bagaimana rasulullah sebagai suami ,sebagai datuk , ketika di pasar ,bagaimana pergaulannya dengan pelbagai lapisan masyarakat di sekelilingya terdiri daripada kanak2,hamba,pembesar ,golongan kaya ,golongan miskin bagaimana rasulullah dengan layanannya aspek gurauannya ,ketika seriusnya,ketika suka dan marahnya dsb.semua bentuk yang ditunjukkan oleh rasulullah adalah qudwah yang mana kita mendapat pahala kalau kita ikut.sekiranya orang melayu(islam)memahami asas-asas ini ana yakin islam akan kembali menyinar semula di tanah air yang tercinta ini.ini sumbangan bangsa melayu terhadap perkembangan islam.semalam ana sempat bercakap dengan seorang nyoya cina di ipoh yang menjaga kedai anaknya.sementara menunggu urusan ana siap di dalam kedainya sempat ana mengorek kecenderongannya dalm politik.sebab ketika itu ana melihat dia sedang mengunting beberapa keratan akbar bahasa cina.ana tengok dia banyak simpan keratan akhbar semenjak krisis di perak.ana cuba korek rahsianya.dia kata dalam akhbar ini banyak cerita2 politik PR dan BN. dia kata dia sokong pas. dia manyak suka pada itu nijar(sebutan-nizar)dia kata lagi” itu olang hati manyak baik , dia talak sombong ,semua olang dia layan, cina ka,melayu ka,india ka”jadi kesimpulannya,orang cina atau bukan islam dia melihat kehebatan islam dalam aspek layanan , hati budi,bukan mereka melihat dari sudut banyak solat ke atau puasa.ana rasa ini kefahaman islamnya.wallahu `alam-nuar kenitra
hebat