- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Jarang-jarang di Dunia

Post di bawah amat penting bagi orang yang mengikuti tajuk Asas Kefahaman Islam. Mengapa post itu penting? Jawapannya ialah baru saja kita berbincang tentang asas kedua dalam kefahaman Islam. Asas itu ialah quran dan sunnah.

Suatu perkara yang dipaparkan dalam quran dan sunnah ialah, orang Islam amat diseru supaya memperjuangkan kebenaran. Termasuk dalam pecahan memperjuangkan kebenaran ialah memerngi kejatan atau kemungkaran.

Melakukan kedua tuntutan ini bukanlah mudah, ianya amat mencabar sekali. Lebih mencabar lagi apabila kejahatan dan kemungkaran itu berlaku dalam diri kita atau anak pinak kita. Amat perit untuk mengatakan sesuatu kebenaran jika ianya terkena diatas kepala kita sendiri.

Tidak hairanlah jika institusi kepimpinan sering kali membuka pintu penjara bagi orang yang mendedahkan keburukan mana-mana pemimpin. Apa yang kita sering dengar ialah pemimpin memiliki kunci penjara.

Tidak kurangnya juga ialah satu lagi institusi yang amat penting dalam masyarakat. Iaitu institusi ulamak. Ulamak juga adalah manusia biasa, oleh itu tidak semua dari kalangan mereka yang sanggup berhadapan dengan teguran dan asakan. Bezanya ialah, jika pemimpin memiliki kunci penjara maka ulamak katanya memiliki kunci neraka.

Oleh itu tidak hairanlah jika kita jumpa lontaran kata-kata seperti sesat, kafir, fasik dan sebagainya dalam perbalahan yang tidak bersangkut-paut pun dengan dosa dan pahala. Memang kita manusia biasa susah menerima hakikat keburukan jika ianya dari diri kita

Ada juga situasi dimana seseorang individu akan cuba mengubah sesuatu hakikat supaya mengikut kehendak dirinya. Perbuatan kotor ini berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat bani Israil. Sewaktu sekumpulan orang datang berjumpa Usamah, sahabat nabi s.a.w untuk meminta syafaat dari Nabi s.a.w. Baginda marah dan bersabda….sekiranya Fatimah yang mencuri akan ku potong tangannya.

2 thoughts on “”

  1. di perak ni orang sangat bimbang dengan cina yang cuba nak menguasai negeri.kebimbangan ini sangat ketara oleh orang2 umno.kebimbangan ini tak pernah pun ada ketika mula-mula almarhum tengku abdul rahman memberi kerakyatan secara jus soli kepada orang asing.sejarah telah berlalu.tak boleh nak ubah apa-apa pun apa yang telah berlaku.baik kita kembali semula kepada sirah bagaimana rasulullah tak pernah pun bimbang kewujudan orang kafir dalam masyarakat madinah.rasulullah tak wujudkan permusuhan.tetapi kewujudan mereka telah diambil peluang untuk mencari pahala dengan berdakwah secara berhemah sehingga dapat mengubah madinah menjadi negara islam.orang kafir hormat kepada islam .sehinggakan nabi berkata lebih kurang maksudnya”seorang yang masuk islam dengan sebab kamu,ganjarannya lebih baik dari dunia dan segala isinya.” daripada kita bermusuh lebih baik kita berdakwah.inilah peluang rakyat perak nak dapat pahala yang besar.sebab itu rancangan ds nizar untuk mewujudkan masjid cina di perak seperti mana masjid india di negara kita ini.tapi orang umno tidak melihat dakwah ini adalah ibadat.bahkan pahalanya lebih besar dari ibadat2 sunat yang lain.inilah asobiyah yang sangat dicela oleh nabi,sehinggakan nabi tak mengaku umat.api permusuhan ini masih belum padam.ia sentisa ditiup dan dinyalakn oleh puak umno dan melayu yang tak faham islam.-nuar kenitra

  2. hidup melayu kata umno, tp yg pimpin mereka lani..keling2 belaka..pelikkk

    dr ketua wanita, puteri, exco2 pemuda dan putera..

    ermm…even MB pun mamak..

    hidup melayu!!!!hahahaha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0