Sultan Kelantan stabil, jalani rawatan lanjut di Singapura
Berita Harian 23 Mei 2009
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 14 Mei lalu.
# Berita ini menarik perhatian saya, Alhamdulillah dengan berita baik diatas. Saya bukan untuk mempersoalkan mengapa Sultan Kelantan tidak berubat di tanah air, soalan tu soalan lama. Yang saya nak ulas ialah tentang sakit dan sehat, soal hidup dan mati.
Saya bukan rakyat Kelantan, tapi kampung saya amat dekat dengan sempadan Kelantan. Kalau ikut bendang, naik motor 5 minit sampai Kelantan lah jawabnya. Saya berasal dari Jerteh, nenek moyang saya pun berasal dari sekitar pekan kecil itu. Mungkin sebab hubungan itulah menyebabkan berita ini membawa saya kepada satu tazkirah ringkas yang memenuhi ruang sanubari.
Bila sembang soal sakit, sehat, hidup dan mati, maka teringat saya pada nenek moyang saya yang rata-rata berumur panjang. Ada beberapa orang moyang saya yang melebihi 100 tahun umurnya. Dia rakyat biasa saja, makananya simple, cara hidupnya simple.
Apa yang menariknya ialah saya dapat tahu ramai raja-raja didunia ini yang meninggal dunia dalam umur yang muda. Ya lah lalau 60-70 tahun tu mudalah, berbanding dengan doktor-doktor yang mengelilingi mereka. Segala peralatan amat canggih, kepakaran yang nenek saya tak dapat rasai dapat dinikmati oleh orang-orang kenamaan.
Bayangkan, nenek saya sekarang pun sudah berumur 90 tahun dan masih sihat. Taklah boleh main bola atau lumba lari 100M tapi boleh menguruskan diri sendiri tu kira ok la.
Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah umur itu sesuatu yang amat unik. Ia adalah anugerah Allah. Kita boleh berusaha dan Allahlah yang menentukan. Mungkin persoalan ini agak biasa kita dengar, tapi bila kita berfikir secara lebih mendalam akan memberikan kepada kita satu kesan yang amat luar biasa.
Kesan menginsafi keadaan umur yang tidak terduga itu akan menginsafkan kelemahan diri. Sedarlah kita betapa segala pangkat yang disandang, segala harta yang di cari, segala kehebatan dunia ini tidak dapat sedikitpun mengubah ketentuan Allah.
Sedarlah kita pada ketika itu betapa hinanya diri ini yang sentiasa berfikir untuk kekal didunia sepanjang masa yang boleh, betapa hinanya kita yang menyembah kebendaan tanpa bersedia untuk hari-hari yang mendatang.
Itulah sedikit peringatan untuk diri, disebuah petang yang renyai-renyai hujannya…….
pandangan anda dihargai
nenek saya pun umur 90..mcm nenek org lain..dia mula hapal surah kahfi masa umur dia 75 tahun.ingat sampai sekarang…tp tgk student QFQ..sedih maa..
cikgu pun ingat-ingat lupa