- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Jarang-jarang di Dunia (sambungan)

Sifat teguh menjaga perinsip ni satu sifat yang amat penting, sebab tu saya rasakan perlunya saya bahagikan tajuk ini paling kurang pada dua bahagian. Agak tragis bila pos untuk sambungan ini entah macam mana boleh hilang dan saya terpaksa menulisnya semula.

Sifat penting yang perlu ada dalam diri muslim ialah memprjuangkan perinsip hidup yang dianutinya. Sifat inilah sebenarnya antara sifat yang menebal dalam masyarakat Arab jahiliah, yang membezakan mereka dengan bangsa-bangsa lain. Bagi saya hikmah pemilihan bangsa Arab sebagai pelopor dan tonggak ajaran Islam ialah kerana menebalnya sifat ini pada ketika itu

Dari sudut sejarah, semua negara akan menyanjung tinggi para pejuang negara mereka. Pejuang kemerdekaan, pejuang kebebasan dan macam-macam pejuang lagi. Tahukah kita bahawa rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan pembunuhan, sehingga sewaktu tulisan ini ditulis rakyat Palestin sedang berhadapan dengan serangan ganas Yahudi di Quds

Mereka teguh, sabar, pasrah dan cekal bukan kerana tiada bumi dan negara yang sanggup menerima mereka, tapi mereka berpegang pada perinsip dan perjuangan. Mungkin kita katakan itulah tabiat akidah Islam dan keimanan yang teguh

Cuba kita alihkan pandangan kita ke Lubnan, ramai dikalangan pejuang jihad yang menentang Yahudi juga dari kalangan penganut Kristian. Pergi lebih jauh, di Myanmar,
Aung San Suu Ky seorang perempuan bertubuh kurus bermati-matian memperjuangkan demokrasi. Tidak perlu lagi saya terangkan rintangan dan halangannya yang berbagai. Seluruh dunia mengetahuinya

Jika tuan membaca quran, lihatlah apa yang dipaparkan bila quran menceritakan keadaan seorang nabi, tidak lari dari perjuangan dan keteguhan dengan perinsip hidup masing-masing. Jika itulah yang berlaku, mengapa pula kita masih takut-takut untuk menerapkan sifat perjuangan dan keteguhan menjaga perinsip. Itulah jihad dalam Islam, tapi bila disebut jihad maka ianya menjadi satu kalimah sensitif, bukan sahaja ditakuti oleh lawan, orang-orang Islam sendiri menggeruninya

Satu soalan lagi yang saya nak tanya pada hari ini, untuk memendekkan ruangan ianya soalan terakhir dalam ruangan ini. Wahai pembaca apa dia perinsip hidup kita? Pernahkah kita memperjuangkannya dan berkorban untuknya?

pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

  1. Aung San Suu Kyi tu proksi barat..demokrasi bukan ubat kepada segala2nye…dengan puak yg pelbagai di myanmar tu..pemimpin yg tegas, keras mmg diperlukan…nasib muslim rohingya sama saje baik dibawah junta mahupun pemimpin pro-demokrasi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 3
  • 13,745
  • 0