Asas Kefahaman Islam 5
Dalam perbincangan yang lepas kita telah sentuh tentang quran, kali ini saya ingin sampaiakan sedikit perincian tentang hadis. Dari sudut kefahaman, hadis juga mesti difahami dengan kedah bahasa arab yang betul, selagimana ianya menggunakan kaedah-kaedah bahasa yang betul digabungkan dengan kaedah asas syariah, maka sesuatu pendapat itu tidak boleh dikatakan ajaran sesat. Bahkan ianya temasuk dalam pendapat yang dihormati dalam Islam.
Satu perkara lagi tentang hadis ialah, hadis perlu disaring dengan lebih telili berbanding quran. Ini kerana quran jumlahnya terhad dan telah diketahui umum. Adapun hadis jumlahnya terlalu banyak. Selain itu, banyak kata-kata yang bukan hadis telah dianggap hadis, kejadian ini berlaku kadang-kadang secara sengaja dan kadang-kadangnya pula secara tidak sengaja.
Oleh itu jika melihat kepada hadis, maka sedikit perhatian perlu diberikan kepada status hadis. Saya tidak berniat untuk membincangkan bab ini kerana ianya agak panjang, Untuk mengetahui perkara ini bolehlah tuan-tuan baca buku saya bertajuk: Ilmu Jar Wa Ta’dil.
Diseabkan arus keangkitan ilmu-ilmu Islam agak lambat sampai di Malaysia, maka tidak hairan jika kita jumpa orang-orang yang meremehkan tentang status hadis. Bagi mereka semua benda baik jika dianggap hadis tidak mengapa kerana tujuannya baik. Kefahaman ini adalah silap dan tidak diakui oleh mana-mana ulamak. Ini kerana sesuatu yang bukan dari nabi tidak boleh didakwa sebagai sebuah hadis. Itu adalah pembohongan. Persoalan hukum sesuatu amalan itu baik walaupun tiada dalam hadis adalah persoalan yang berasingan.
Bagi orang yang terkeliru atau ada apa-apa persoalan dalan bab ini, maka soalan dan komen anda dialu-alukan…Wallahua’alam.