Kalau Saya Seorang Samseng
Tengahari tadi, saya sempat membawa anak-anak ke sungai Congkak. Rasanya sudah agak lama saya tak kesana. Sempatlah separuh hari menyejukkan badan bersama anak-anak. Sambil itu sempat juga saya meninjau-ninjau gelgat pengunjung yang lain.
Memang ramai orang pergi berehat kekawasan tersebut, mungkin kegawatan ekonomi menyebabkan orang memilih tempat-tempat free untuk berehat. Lagipun kalau ke kawasan ramai orang luar, masing-masing takut kuman import.
Perhatian saya agak tertarik pada gelagat beberapa orang pemuda, mereka datang berpasangan, duduk di kawasan agak berjauhan dan mandi-manda lelaki perempuan. Mereka cuba menunjukkan suasana amat biasa, tapi melalui gelagat mereka saya yakn mereka bukan suami isteri. Pakaian perempuan pula amat seksi.
Teringat saya, lebih kurang 3 tahun lepas. Masa tu saya sedang makan disebuah restoran di B.B.Bangi. Tiba-iba mata saya terlihat seorang perempuan memakai pakaian amat seksi. Hampir-hampir sama dengan pakaian mandi. Darah saya tersirat, saya tengok wanita tu bersama seorang lelaki. Fikiran saya merewang-rewang.
Saya bercakap dengan diri sendiri, apalah gunanya kalau saya belajar syariah dan dapat macam-macam sijil, kalau kemungkaran sedemikian tidak boleh ditegur. Saya bangkit dan pergi kearah perempuan tersebut dan bertanya, awak orang bangi? Tanya saya. Perempuan tu senyap. Awak orang Bangi? Tanya saya lagi. Tiga kali saya ulang soalan yang sama, tapi perempuan tu tak mahu jawab.
Melihatkan temannya diasak oleh saya, kawannya yang duduk terus meluru kearah saya didepan kaunter. Dia tanya, Mengapa? Saya kata, kalau orang Bangi tak akan pakai macam ni, ini haram, ini haram, saya ulang 3 kali. Mendengarkan kata-kata itu lelaki tu senyap, merendah diri dan berlalu. Baru saya perasan seluruh mata di restoran melihat kearah saya.
Balik kita kepada cerita saya hari ini di Sungai Congkak. Saya hanya memerhatikan gelagat sekumpulan pemuda tersebut. Ada juga sekumpulan keluarga sedang berehat. Dikalangan mereka ada wanita berpurdah. Hati saya tidak tenang melihat pemuda-pemuda bersama wanita seksi.
Saya ingin menegur mereka tapi teragak-agak. Teringat saya kepada kisah Umar al Khattab yang sering tegas melihat kemungkaran. Lihat bagaimana dia mahu membunuh orang yang kencing didalam masjid. Kalu tidak kerana Rasulullah s.a.w yang menghalangnya sudah tentu nasib badwi itu agak buruk.
Umar al Khatb seorang yang tegas bukan sahaja ketika dia Islam, bahkan sifat tegas telah terbentuk ketika dia masih memerangi Islam. Sebenarnya sifat tegas, berani dan cekal ini bukan dimiliki oleh Umar sahaja, bahkan inilah sifat para sahabat. Adapun nabi s.a.w, sudah tentu kita dapat melihat ketegasan beliau dengan menyampaikan Islam dengan berani. Baginda menasihati dan berterus terang kepada seluruh pembesar Quraish.
Pada pandangan saya kebanyakan masaalah umat Islam hari ini ialah kerana sifat orang Islam itu sendiri dan orang yang paling bertanggungjawab terhadap kelemahan itu ialah orang-orang agama. Ini kerana merekalah yang membawa label dan jenama agama.
Sifat tidak berterus terang, takut mengatakan kebenaran, tak kisah dengan persekitaran, sifat inilah yang telah melemahkan Islam. Walaupun kita banyak berzikir atau banyak ilmu, tapi jika sifat tegas, berani dan berterus terang tidak berakar umbi maka Islam akan tetap terpencil.
Saya amat kesal dengan diri saya yang memilih untuk diam dan senyap hari ini. Mungkin juga kerana telah hanyut dengan susana, ramai yang berkata, kalau kita nak menegur nanti kita diapa-apakan. Memang itukan dah ada dalam sirah nabi. Tapi mereka meneruskan juga. Kalau kita tegur berapa banyak nak larat kita tegur? Ada juga suara begitu kedengaran. Ya kata-kata itu ada kebenarannya.
Apabila saya melangkahkan kaki mahu meninggalkan tempat perkelahan yang merimaskan itu ternampak pula saya gelagat pengunjung yang membuang sampah merata-rata. Tempat anugerah Allah yang cantik dan penuh damai itu telah dicemari fizikal dan rohaninya. Sekali lagi saya tidak menegur perbuatan mereka. Sekali lagi saya anggap diri saya telah melakukan kesalahan pada mereka, pada negara, pada agama dan pada diri sendiri.
Saya mengkhayalkan diri saya yang berani, menegur setiap kemungkaran, menegur setiap penyelewengan. Tiada bimbang dan tiada rasa resah takut….sambil melangkah balik, saya berkata kepada diri sendiri alangkah berhajatnya Islam kepada penganut yang berjiwa semseng…..alangkah baiknya jika aku seorang samseng……
pandangan anda dihargai
salam ziarah.
saya juga kerapkali berkecamuk dalam diri sendiri.
saya tidak berani menegur kesalahan orang lain kerana saya rasa saya belum cukup tinggi ilmu untuk menegur orang lain.
jadi lepas tu,saya akan cuba menambah ilmu dengan meneliti bahan bacaan atau sebagainya.
tapi perkara sama tetap berulang:
takut mahu menegur kerana rasa diri ini tidak layak untuk menegur.
bagaimana ya?
salam,
agak menarik persoalan ni, sebenarnya menegur dan menasihati orang lain tidak perlu tunggu diri sempurna, ini kerana tiada manusia yang sempurna. Kerja nasihat-menasihati adalah kewajipan, mustahil Allah mewajibkan sesuatu yang tidak boleh disapai oleh manusia. Okeh itu syaitan akan menipu kita agar tidak melakukan kewajipan dengan cara seolah-olahnya betul tetapi hakikatnya salah.
hehhe..mmg geram tgk pompuan yg pakai2 terdedah di kawasan penuh melayu..lagi2 kalo yg hodoh..dahlah rupa hodoh..perangai lebih hodoh..hodoh segala2..
lagi hodoh kalo bertudung tp nampak lurah2 dan bentuk badan yg hodoh tu..astaga…
pepatah arab ada menyatakan, yang hodoh malu dengan kehodohannya, yang cantik takut hilang kecantikannya