- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Asas Kefahamana Islam (6)

Pada dasarnya kita telah berbincang berkaitan dua dasar utama Islam iaitu quran dan sunnah. Masih banyak lagi perkara yang kita perlu tahu berkaitan dua asas rujukan tersebut. Namun demikian ada baiknya kita berpindah kepada sumber rujukan lain.

Islam ialah agama yang akan tetap relevan walaupun kehidupan di dunia ini berterusan jutaan tahun akan datang. Antara faktor penting keadaan ini wujud ialah keranaIslam memasukkan semua benda yang baik itu sebagai satu ajaran Islam.

Sekarang kita sudah mula faham dengan lebih jelas mengapa banyak perkara yang tidak diperincikan oleh quran dan hadis. Ini kerana sesuatu yang baik mungkin tidak baik dalam zaman dan situasi yang lain. Oleh itu Islam menyerahkan kepada manusia untuk mengkaji dan menilai sesutu yang baik untuk diri dan masyarakat mengikut keperluan yang sesuai dengan zaman mereka.

Kaedah dan sumber ini dinamakan Masaleh Mursalah. Kalau disebut dalam bahasa arab bunyinya payah. Tapi kalau kita sudah faham seperti diatas maka itu sudah kira ok. Saya rasa ada baiknya jika saya teruskan dengan satu perkara yang amat berkaitan dengan Masaleh Mursalah ini.

Satu point penting yang amat rapat dengan kefahaman diatas ialah, Islam telah memberikan kuasa kepada pemimpin untuk mengkanunkan mana-mana undang-undang yang dirasakan penting untuk menjaga kehidupan bermasyarakat. Apabila undang-undang itu telah dikenakan oleh pemerintah maka jadilah ianya satu lagi tuntutan yang bersifat keagamaan.

Mari kita gabungkan antara dua asas diatas. Cuba lihat kepada peraturan jalan raya. Ianya termasuk dalam perkara yang baik. Kepatuhan kepada trafic light, had laju tertentu, lesen memandu. Semuanya bertujuan menjaga kepentingan manusia. Memang di zaman nabi tiada undang-undang yang mewajibkan penunggang kuda atau unta untuk mendapatkan lesen. Disebabkan kenderaan sekarang amat berbahaya jika dipandu oleh orang yang tidak mahir, maka perlu diwajibkan bagi sesiapa yang mahu memandu belajar dan mendapat pengiktirafan, itulah lesen memandu.

Sesuatu yang baik itu telah dijadikan asas oleh pemerintah untuk menggubal undang-undang, maka kepatuhan terhadap undang-undang tersebut termasuk dalam ketaatan kepada pemimpin yang diseru oleh quran.

Dengan adanya teknik ini, maka semua kebaikan yang ada dalam dunia ini adalah milik Islam, atau dalam ertikata lain adalah terkandung dalam ajaran Islam. Maka luaslah ajaran Islam, tidak kira di zaman mana sekali pun akan tetap berkembanglah ajaran suci ini.

Orang yang tidak memahami teknik ini amat bahaya, mereka akan membataskan tuntutan Islam sekadar apa yang ada dalam nas quran dan hadis sahaja. Mereka menggunakan hujah quran dan hadis telah mencukupi. Memang benar, quran dan hadis telah mencukupi dan beramal dengan tuntutan yang termasuk dalam Masaleh Mursalah adalah beramal dengan tuntutan keduanya.

Sekiranya kita telah memahami pelajaran diatas maka kita akan meliahat wajibnya mematuhi undang-undang jalan raya, undang-undang tanah, peraturan sekolah dan lain-lain. Bayangkan jika ada seorang yang mengambil pasir di sungai tanpa permit. Dia mengambilnya untuk tujuan membina perumahan. Bila ada orang yang menasihatinya maka dia berkata: Sungai ni milik ALlah. Sungai tak ada tuan

Orang yang menebang balak tanpa permit pula berkata: Tanah hutan ni tidak ada pemilik, pemiliknya ialah Allah. Mungkin orang ini tidak memahami konsep Masaleh Mursalah.

pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

  1. Saya selalu mengikuti blog ustaz… huraian tentang sesuatu perkara amat mudah dan banyak yang boleh dipelajari disini. Terima kasih dan teruskan usaha dakwah ustaz. mtjeneym

  2. terima kasih, ada respon rasa semangat sikit, ingatkan saya syok sendiri, tapi kalau ada apa kekurangan jgn segan nak bgtau, saya menanti-nati cadangan dan teguran membina.wassalm

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 1
  • 4
  • 13,747
  • 0