Asas Kefahaman Islam (7)
Telah 6 tajuk yang saya tulis tentang asas kefahaman Islam. Saya harap ianya boleh memberi asas pengetahuan yang baik kepada pengunjung, terutamanya bagi yang bukan dari aliran agama. Kadang-kadang yang aliran agama pun terlepas pandang bab-bab seperti ini.
Hari ini saya nak sambung lagi tentang rujukan dalam Islam. Isu rujukan ini sangat penting kerana ianya membentuk pemikiran kita. Apa bezanya orang Islam dan bukan Islam? Salah satu beza terpenting ialah asas pemikiran orang Islam bersandarkan kepada quran dan sunah.
Kedua-duanya rujukan yang disepakati oleh seluruh umat Islam.
Dalam siri keenam kita telah faham megapa quran dan sunnah tidak memperincikan banyak benda. Tidak lain dan tidak bukan untuk membiarkan cerdik-pandai di satu-satu zaman berijtihad dan mencara penyelesaian yang paling sesuai bagi zamannya. Islam juga memberikan kuasa perlaksanaa dan kuasa pentadbiran kepada pemerintah. Ini bagi memastikan hukum yang dikeluarkan dilaksanakan dalam kelompok masyarakat.
Oleh itu mana-mana hukum yang melibatkan pentadbiran, maka kita terikat dengan arahan pemimpin. Adapun yang tidak terikat dengan persoalan pentadbiran seperti hukum hakam berkaitan solat, maka pengamalannya agak lebih bebas.
Selain daripada itu, Islam juga mempunyai teknik lain bagi mengalikasikan segala kebaikan yang tidak dinyatakan secara terangan oleh Allah. Antara teknik itu ialah mengambil kira persoalan adat dan penerimaan masyarakat terhadap sesuatu perkara.
Teknik ini dipanggil ‘adat yang menghukum’. al Adah al Muhakkamah’ payah bunyinya bagi yang tidak boleh berbahasa Arab. Jangan risau, yang kita mahu disini ialah kefahamannya saja. Seorang Islam diminta supaya mengambilkira keadaan persekitaran dan penerimaan masyarakat untuk membuat sesuatu keputusan. Adat ialah sesuatu kebiasaan yang di terima umum.
Contoh adat kebiasaan banyak sekali, ada banyak perkara yang telah diterima pakai oleh masyarakat tetapi bukannya berasl dari tuntutan Islam secara langsung, ianya hanyalah diambil dari kebiasaan yang telah diterima umum.
Lihatlah amalan kita di restoran, kita ambil makanan, makan, minum, berborak dan akhirnya baru bayar. Ada juga makan bufey yang tidak mengira berapa banyak makanan yang dimakan oleh pembeli, yang penting siapa masuk kena bayar ikut kepala. Semua itu adalah kebiasaan yang di terima umum. Asal usul hukaum hakam dalam jual beli ialah ambil barang dan bayar harganya.
Uruf juga berlaku dalam cara berpakaian, istiadat keramaian dan segala kehidupan harian. Yang penting adat atau uruf itu tidak bertentangan dengan asas-asas Islam yang merupakan tuntutan teras. Adat berpakaian membuka aurat tidak dapat mengubah tuntutan Islam dalam aurat. Adat menerima rasuah dn menyalahgunakan kuasa tidak akan menghalalkan perbuatan terkutuk tersebut.
Insyaallah kita sambung esok.
pandangan anda dihargai
best baca blog ustaz ni,senang sgt faham..lagipun ilmu mcm ni susah nak jumpa kat bilik kuliah. Ustaz teruskan jer menulis yer,jangan kata syok sendiri..ramai yg baca tapi semua jenis malas nak tinggalkan komen jer!
oh gitu ke? satu motivasi yang baik, tapi tegur2lah kekurangannya