- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Asas Kefahaman Islam (8)
Hari ini kita melihat kepada satu lagi makanisma yang digunakan oleh para ulamak dalam menilai dan berfikir. Saya tidak mahu terlalu memperincikan asas ini, cukuplah jika pembaca mengetahuinya secara umum.Ini kerana teknik ini mungkin akan digunakan dalam perbincangan-perbincangan yang akan datang. 
Teknik yang saya maksudkan itu ialah teknik Istishab seperti biasa dalam istilah Arab nampaknya susah.Teknik ini menggunakan lojik, bagaimana sesuatu itu diukur berdasarkan maklumat paling kuat yang kita ketahui, sebelum berlakunya keraguan. 
Contohnya seorang yang keraguan apakah dia masih berwudu’ dianggap masih berwudu’ jika dia yakin, sebelum ini dia telah mengambil wudu’. Apa yang diraguinya ialah apakah wudu’nya batal. Oleh itu kita membina keyakinan atas perkara yang diyakini. 
Ini kerana sesuatu yang diyakini tidak boleh dibatalkan hanya dengan andaian atau sesuatu yang berbentuk ragu-ragu.Jika kembangkan lagi kita akan dapati, seseorang itu tidak dikira bersalah sehingga ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan dia bersalah. 
Ini kerana  seseorang manusia itu dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan. Perbuatan adalah sesuatu yang baru dalam hidup manusia.Disebabkan kaedah ini berdasarkan lojik, maka kita dapati ianya juga telah diamalkan dalam sistem perundangan barat. 
Mereka juga menganggap sebarang dakwaan terhadap seseorang mesti disertakan dengan bukti. Ini kerana seseorang manusia pada asalnya tidak dianggap bersalah.Teknik ini telah menjadi sumber atau teknik berfikir bagi kebanyakan ulamak Islam. Cukuplah sekadar itu untuk hari ini dan insyaallah esok kita akan menyambungnya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 3
  • 1
  • 12,812
  • 0