- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Asas Kefahaman Islam (9)
Hari ini kita menyambung perbincangan dalam tajuk asas kefahaman Islam. Diharapkan pembaca semua dapat mengikutinya dengan baik. Lagi pun ianya mudah saja untuk difahami. Kalau tak faham tak jadi masaalah, boleh tanya dalam ruangan komen.
Kali ini saya nak pulak menerangkan perkara-perkara yang tidak boleh dijadikan asas dalam berfikir. Tidak boleh dijadikan asas dalam menilai kebaikan dan keburukan. Tidak boleh dijadikan asas dalah hukum -hakam.
Perkara yang saya maksudkan itu ialah mimpi, firasat, kasyaf, telahan hati dan berbagai istilah lagi. Perkara-perkara ini tidak boleh dijadikan asas dalam menilai hukum hakam, halal haram dan kebenaran serta kesesatan.
Sudah tentu ada sahabat yang tak setuju dengan kata-kata saya, terutamanya yang berkecimpung dalam ilmu tasawuf. Mengapa semua yang dinyatakan itu tidak boleh dijadikan pengukur? Jawapannya ialah kerana perkara-perkara itu tidak dapat dinilai dengan tepat.
Kalau hakim mengatakan kepada tertuduh, awak bersalah sebab saya bermimpi semalam saya lihat awak yang bunuh mangsa. Ahh.. haru birulah masyarakat kalau ianya berlaku. Mengikut firasat guru saya, hukumnya halal. Kata-kata sedemikian tertolak kerana ianya berpaksikan kepada individu, bukan kepada hujah.
Islama adalah agama yang sangat rasional. Mimpi dan seumpama dengannya ialah sesuatu yang tidak dapat dinilai. Mungkin ada oang yang berkata, itu mimpi dan firasat awak memang tidak tepat, tapi guru saya warak dia memang benar dan mempunyai mimpi yang benar.
Jika kita meletakkan seseorang pada tahap demikian maka kita telah meletakkannya sama dengan nabi-nabi. Ini kerana orang yang kita percayai mimpi dan firasat mereka sebagai hujjah ialah nabi-nabi. Ini kerana orang lain tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan.
Kekeliruan terhadap asas inilah yang telah membuatkan ajaran sesat senang tersebar kedalam masyarakat. Ini kerana paksi kepada ajaran sesat ialah mimpi dan ilham guru, mengapa dua perkara itu menjdi asas ajaran mereka? jawabnya ialah kerana ajaran mereka kalau nak disandarkan kepada quran dan hadis tidak wujud maka mereka terpaksa mencari sumber yang tidak boleh diukur.
Jika kita telah faham dengan pelajaran diatas, maka ingin saya tambah sikit. Kita bukan menafikan adanya mimpi dan ilham. Ianya wujud tetapi tahap keboleh percayaanya tidak sampai kepada tahap yakin dan tidak boleh dijadikan panduan dalam perkara agama. Kalau setakat kita rasa macam ada orang nak datang rumah je hari ni kemudiannya betul, maka setakat itu sahaja lah. Kalau ianya salah maka kitakatakan bukankah ianya hanyalah firasat sahaja.
Memang ada orang yang firasatnya agak tajam. Seperti  kita terasa sesuatu yang berlaku walaupun tida melihatnya. Seorang yang berjauhan dengan anaknya mungkin merasa-rasa keperitan dan kesedihan anaknya. Itu tidak membawa kepada sebarang hukum hakam maka tidak ada masalah.

pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0