Asas Kefahaman Islam (10)
Kali ini saya akan membincangkan satu lagi asas penting dalam memahami Islam yang murni. Asas ini tidak lain dan tidak bukan terpancar dari kefahaman yang jitu terhadap kalimah la ilaha illallah, tiada tuhan kecuali Allah.
Seorang muslim dituntut untuk menjauhkan diri dari sebarang kepercayaan kepada perkara khurafat. Ini kerana kepercayaan kepada khurafat adalah bertentangan dengan dasar ‘tiada tuhan kecuali Allah’.
Seseorang yang percaya kepada khurafat bermakna telah mempercayai adanya kuasa ghaib lain selain Allah. Sementara keimanan yang sebenar ialah tiada kuasa ghaib dalam alam ini selain Allah. Malaikat pun tiada kuasa, semuanya bergantung kepada Allah.
Bagaimana kita dapat mengetahui sesuatu kepercayaan itu khurafat atau tidak? Jawabnya ialah jika kita meletakkan salah satu sifat Allah kepada selain dari Allah maka itulah hakikat khurafat.
Seorang yang menganggap kubur itu memberi manafaat bila dinyalakan linlin atau diletakkan wangian, maka itu adalah khurafat kerana dia telah percaya bahawa kubur itu boleh memberi sesuatu dengan kuasanya.
Ada orang yang percaya kayu tertentu boleh memberi manafaat seperti rezeki, dipanjangkan umur, diberikan jodah dan sebagainya, maka itu adalah khurafat, kerana kayu tidak ada kuasa ghaib yang boleh memberi kesan. Kuasa memberi rezeki, jodoh dan nyawa adalah milik mutlak Allah. Kiaskanlah perkara ini kepada benda-benda lain samaada logam, roh, dan sebagainya.
Anda mungkin mempersoalkan, kalau begitu, kita juga tidak boleh memakan ubat sebab ubat tidak boleh menyembuhkan. Jawapannya ialah ubat diambil kerana mempunyai tindak balas fizikal. Tindak balas itu tunduk kepada hukum alam. Ada ubat yang membunuh kuman, ada yang menyejukkan badan dan ada ubat yang bersifat memberi vitamin dan zat tertentu.
Jika ubat tersebut diambil atas dasar tindakan fizikalnya makan itu tidak dinamakan khurafat. Ini kerana tidakbalas fizikal itu termasuk dalam sunnah alam yang dijadikan oleh Allah. Air sifatnya menghilangkan daharga, api sifatnya membakar dan begitulah seterusnya….
Sebab itulah seorang muslim tidak akan berserah tanpa usaha dalam mencapi kehendaknya, ini kerana usaha tersebut disuruh oleh Allah. Usaha yang bersifat mengambil sabab musabab atau hukum alam itu menjadi sebahagian dari ajaran Islam.
Lataran kefahaman inilah para sahabat mengatur strategi ketika berperang, nabi s.a.w. menyuruh orang sakit berubat, baginda menyuruh orang miskin berusaha dan sebagainya. Inya tidak bertentangan dengan asas tiada tuhan kecuali Allah.
Semakin teguh dan murni keimanan kita dengan asas ini, maka semakin sucilah keimanan kita kepada Allah. Oleh itu asas ini amat penting untuk menyampaikan manusia kepada keimanan yang suci hanya kepada Allah sahaja. Pada ketika itu seluruh makhluk akan dilihat sebagai amat kerdil, tiada apa-apa kekuatan selain Allah dan seluruh alam hanya tunduk kepadaNya.
Kefahaman ini amat dibenci oleh penyebar ajaran sesat, ini kerana kefahaman yang betul dalam bab ini akan mengganggu kerja-kerja penyebaran dakyah mereka. Ajaran sesat akan sentiasa menonjolkan ada kuasa lain kecuali Allah, kuasa itu mungkin pada benda, manusia atau roh yang ghaib.
Dengan menonjolkan kuasa lain itulah mereka akan mendapat faedah. Merek akan mengagungkan objek tertentu dan akhirnya orang yang percaya terpaksa tunduk kepada mereka kerana mereka sajalah yang mengetahui bagaimana mendapat keredaan objek-objek rekaan itu.
Tauhid yang suci dari khurafat akan membebaskan manusia dari ketakutan terhadap mana-mana makhluk. Mereka akan hidup dengan aman kerana tiada kuasa kecuali Allah. Cubalah bersihkan kidah anda dari segala macam khurafat, kecil atau besar, anda akan terasa seolah-olah berada di alam baru.
pandangan anda dihargai
Asasalamualaikum Ustaz,
Saya tertarik dengan article ini.
Diharapkan Ustaz boleh huraikan sedikit mengenai fahaman Sufi – iaitu fahaman yang tak pernah wujud di zaman Rasullallah S.A.W
insyaallah, saya akan ulas bila saya rasa sesuai, apa itu sufu, sekarang saya mahu kupas mengenai polemik2 yg penting,syukran