Sains: Antara Babi dan Ikan Keli (1)
Isu demam H1N1 dikaitkan dengan Babi. Kesan dari isu itu, hukum-hakam berkaitan babi juga turut aktif dibincangkan. Antara yang disentuh ialah hukum memakan ikan keli yang makanannya mengandungi unsur khinzir.
Sebenarnya hukum hakam berkaitan dengan khinzir amat sensitif di nusantara. Sewaktu saya melawat Indonesia, orang yang menjual buah salak berkata kepada saya, ini buah salak orang muslim pak, kebunnya tiada babi. Emmm…saya terfikir pula mengapa diberitahu demikian.
Bau-baru ni, akhbar Kosmo menyiarkan Mufti Selangor mengatakan Ikan keli yang memakan dari kecil lagi bahan makanan yang mengandungi unsur babi adalah haram dimakan. Akhbar yang sama menyiarkan pendapat Datuk Daud Che’ Ngah seorang penceramah bebas, juga berpendapat demikian.
Bila saya baca pendapat demikian, saya mahu menyatakan pendapat saya, tapi saya mahu supaya masa beberapa hari berlalu. Apa yang saya ingin utarakan? Disini saya ingin mengajak para pembaca membuat sedikit analisa. Analisa ini memerlukan anda menaturalkan otak anda yang telah biasa dengan sesuatu pandangan. Mula-mula anda mestilah agak berkecuali.
Sebelum pergi lebih lanjut, kita semua mengetahui bahawa hukum memakan daging khinzir adalah haram secara ijmak. Ini kerana quran telah mengharamkan dengan terang dan tiada sebarang keraguan lagi. Namun demikian hukum khinzir selain bab makan melibatkan perselisihan ulamak.
Saya rasa ini bukannya masa untuk membincangkan secara terperinci semua perkara itu. Apa yang saya ingin tekankan hanyalah satu sudut sahaja. Saya ingin membincangkan pendapat yang telah mengatakan hukum memakan binatang yang sejak kecil memakan bahan makanan yang mengandungi khinzir adalah haram.
Melalui analisis mereka, daging ikan keli itu telah terbentuk dari sumber yang haram dan tidak dapat dipisahkan lagi. Pendapat ini menarik perhatian saya. Saya telah membaca pendapat-pendapat ulamak berkaitan perkara ini, tapi saya tidak akan menyatakan satu persatu pendapat-pendapat tersebut. Sesiapa yang ingin mengetahuinya baca la sendiri….Mereka saling berselisih pendapat dalam menangani masalah ini.
Saya ingin menarik perhatian anda, apabila kita menanam sepohon pokok, apa yang kita gunakan sebagai baja? Kita akan menggunakan najis binatang. Tahi lembu, kambing, ayam dan ada juga yang menggunakan najis binatang bernama manusia.
Ok, hukum semua benda tu apa? Najis? Ya, najis. mengapa pula buah-buahan tidak najis? Bukankah buah-buahan mengambil zat dari bahan yang najis? Mungkin ada yang menjawab ‘Itu najis biasa, khinzir ni najis mughallazah’. Jawapan itu sudah tentu tidak tepat kerana yang penting ianya kedua-duanya sama-sama najis.
Yang menyebabkan buah tidak najis ialah kerana pokok tidak menyerap najis 100%. Kalau tahi kambing masuk kedalam buah betik dan bila kita membelahnya didapati seketul tahi kambing, maka hukum betik itu najis. Akan tetapi pokok menyerap zat selepas ianya mengalami proses penguraian.
Ada juga yang kata, khinzir adalah najis ‘ain’, ooo begitu… pastu najis manusia tak najis ain?…. Nampaknya setakat ini alasan masih tidak kukuh. Mari kita bincang lebih lanjut.
pandangan anda dihargai
ustaz daud che ngah pakar dalam bab haji dan umrah.bab fatwa ahkam dan sebagainya ,ana tidak lihat pendapatnya boleh dipegang.oleh kerana dia orang terkenal dan berpengaruh maka pendapatnya muqaddam ala ghairih.masyarakat islam malaysia melihat siapa yang lebih popular.anta tak popular,pendapat anta ditolak dan tak boleh dipakai.-nuar kenitra.
ana rasa anta pun kena jadi popular, itu tuntutan bukan pilihan.
salam, saya sokong, ustaz perlu tampil dikhalayak umum bagi membincangkan pendapat ustaz.Umumnya orang islam di Malaysia masih lagi memandang populariti ulama sbg ikon.Harap ustaz diberi peluang untuk mengemukakan pendapat kepada umum. (mamatn9)