- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sains: Antara Babi dan Ikan Keli (2)

Dalam ruangan lepas kita telah membincangkan beberapa alasan terhadap pengharaman. Mari kita cari alasan lain pula. Mereka berkata, ‘ya betul najis yang digunakan untuk baja tak jadi masaalah kerana ianya digunakan untuk pokok. Yang dimaksudkan tidak boleh ialah jika digunakan untuk makanan haiwan’.

Apakah bezanya antara haiwan dan tumbuhan? Sebenarnya tiada beza antara penyerapan zat antara haiwan dan tumbuhan kecuali pada alat dan tempat. Maksud saya, tumbuhan menyerap zat dengan menggunakan akar sementara haiwan menyerap zat dengan menggunakan perut.

Kedua-dua makhluk itu menyerap zat yang telah mengalami proses penguraian. Objek asal seperti najis dan sebagainya telah dihuraikan menjadi bahan yang lebih kecil. Akar dan perut akan menyerap hanya zat yang diperlukan. Ada pun bahan yang tidak diperlukan ditinggalkan.

Bahan yang telah dihuraikan seperti protin, kalsium, mineral dan sebaginya bukan lagi objek asal. Kalau ianya dari najis, maka dia tidak lagi najis setelah bertukar secara kimia. Mengapa demikian? Ini kerana alam semula jadi adalah terdiri dari bahan yang dikitar semula. Jika tiada proses ini, maka hukum meminum air adalah haram kerana air hujan datang dari air yang telah ditukarkan kepada wap dan menjadi air semula. Buah-buahan juga najis kerana baja dibuat dari tahi lembu, kambing dan najis manusia.

Apa yang menghairankan ialah, orang yang sama telah menganggap air”new water’ adalah halal dan suci. Bukankah proses yang sama telah berlaku kepada objek tersebut? Atau pemikiran kita amat sensitif dengan perkataan ‘babi’ dan mudah gelabah bila mendengar kalimah itu.

Saya dari awal lagi menekankan keterlibatan orang-orang yang bukan bidang agama dalam memasyarakatkan ilmu. Dengan keterlibatan mereka diharapkan dapat membentuk masyarakat yang lebih berfikiran saintifik dan terhindarnya tabiat menghukum hanya dengan ‘simple analisis’.

Perkataan ini tidak bermaksud saya menghina mana-mana individu atau ulamak dahulu-kala, ini kerana pengetahuan sains amat terhad dizaman mereka, sementara yang memikul aibnya ialah kita yang hidup dizaman sains dan teknologi tetapi masih tidak mahu menerimanya sebagai satu ilmu Allah yang diajarkan kepada manusia. Sains bukanlah satu penciptaan tetapi sains hanyalah satu pengetahuan terhadap hukum Allah terhadap hambanya.

pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. dulu masa kita kecil, kalau kat kampung orang kenduri makan ayam kampung .masa tu tak ada lagi ayam bandar.biasanya orang makan ayam kampung ni masa nak buat kenduri maulud,atau `nnamat` bulan ramadhan.teringat ayam kampung yang makan macam-macam benda bahan -bahan terbuang tepi rumah dan dalam semak.biasalah ayam kampung makan najis.kalau masak gulai,part yang paling best sekali makan,peha ayam.sum-sum tulang pahaya manis.masa tu tak berbangkit pula haram makan ayam kampung.dalam bab fekah,binatang halal yang makan najis dipanggil `jallalah`.kalau nak makan binatang itu kena pelihara dulu 2-3 hari untuk mengosongkan perutnya dari bahan -bahan najis.ulamak menghalalkan .timbul persoalan keli makan najis mughallazah.ana sokong cara perbahsan anta.buka minda sikit.pelajar2 du maroc ni alhamdulillah boleh terbuka mindanya.biasa terdedah dengan perbandingan fekah.susah seikh nak buka minda.tebuk bukit lebih senang dari tebuk minda manusia yang tertutup.simpan sahajalah ijtihad anta atau setakat tulis dalam blog je.macam al-qaradhawi simpan beberapa fatwanya untuk kegunaan dirinya sahaja.kalau disebarkan dia menjadi fitnah masyarakat islam.sebab yang faham bab ini hanya -+ 0.00001% sahaja daripada maasyarakat islam. pernah juga rasulullah tidak membenarkan abu hurairah menyebarkan satu masalah bab tauhid”masalah haqullah `alal `ibad wa haqqul ibad `alallah”.umat islam bercelaru antara nas/hujjah dengan selera.kalau tak selera makanan maka makruh dan haram.kalau selera hingga menjilat jari maka makanan itu halal walupun jelas ia haram.teruskan perjuangan anta ,ana ma`aka.-nuar kenitra

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0