- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sains: Antara Babi dan Ikan Keli (3)
Kita sambung sikit lagi tentang babi dan ikan keli… Sambil-sambil berbincang dengan para sahabat, ada juga yang mengatakan bahawa ikan yang hidup dari kecil lagi telah bercampur dengan air yang najis. Emmm…mengapa ikan dilaut tidak masin? Percampuran itu berlaku bukan seperti anda mencampurkan susu dengan teh lalu menjadi teh tarik.
Ada pula suara-suara yang mengatakan sememangnya binatang yang memakan sumber yang najis atau kotor akan membawa mudarat. Memang benar, maka yang sepatutnya pihak pejabat agama mestilah meminta kerajaan campur tangan. Berbagai agensi kerajaan yang bertanggung jawab bagi memastikan makanan rakyat tidak tercemar. Penggunaan racun serangga berlebihan juga membawa kemudaratan. Kerja ini bukan kerja pejabat agama. 
Apa yang saya mahu sampaikan ialah kita mestilah bijak menggunakan segala bentuk mekanisma yang ada bagi kebaikan rakyat. Jangan kita cuba untuk bertindak dari satu sudut sahaja. Polemik ini sebenarnya tidak perlu ditekankan dari sudut agama, tetapi perlu ditangani dari sudut kebersihan dan keselamatan. Nak buat macam mana, orang yang bersuara ialah orang agama sahaja, sebab agama itu dianggap dalam persoalan najis sahaja, sementara dalam persoalan keselamatan tiada orang yang bersuara. Atau kita tidak bijak menangani isu .
Mungkin juga ada dikalangan pembaca yang tertanya-tanya. Mengapa dia ni sibuk sangat nak defend babi dan ikan keli? Ada projek ke?  Jawapannya ialah seorang yang mengupas isu masyarakat perlulah dari pihak yang tidak ada kepentingan. Kalau kita lihat isu politik Perak, masing-masing beri pandangan, semuanya ada kepentingan sebab itu masyarakat keliru. Begitu juga dengan isu mogok lapar.
Ramai dikalangan pengulas isu kemasyarakatan dan agama menganalisa sesuatu isu dengan sambil lewa, mereka condong kepada haram jika isu itu tidak kena atas kepala mereka, tapi jika isu itu kena atas kepala mereka maka mereka akan menggunakan teknik darurat dan berbagai lagi. 
Saya terpaksa memberi contoh disini. Untuk tidak menimbulkan prasangka dan bagi menjelaskan bahawa saya tidak mengisyaratkan individu tertentu. Contohnya ialah ada dikalangan orang yang bila bercakap pasal agama amat ketat hukum hakamnya, bila bercakap pasal bergerak dalam solat, pasal aurat perempuan ohh.. tiada langsung rukhsah atau keringanan. Pada mereka sebarangan keringan akan membawa kepada kerunuhan akhlak….
Dalam masa yang sama mereka dengan sambil lewa membenarkan hak cipta harta intelek dicerobohi. Ada yang dengan mudah membuat sakinan ratusan buku tertentu dan dengan senang hati menjualnya kepada khalayak. Tiada kepenatan dan ribuan ringgit massyyuukkk. Ini untuk tujuan ilmu. Ikhlas . Oh..amat mengelirukan. nanti kita bincang lain kali untuk harta intelek.
Saya bukan memburukkan sesiapa tetapi saya ingin menyeru kepada pembinaan metod pemikiran dan yang lebih tersusun dan sekata. Mudahan kita tidak akan menzalimi sesiapa bila kita membuat analisa. 
 pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0