- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Blog dan Wanita
Seorang pelajar menghantar sms bertanyakan pandangan saya, apakah dibolehkan untuk wanita membuka laman blog?
Jawapannya ialah laman blog adalah alat komunikasi. Hukumnya tertakluk kepada asas-asas hukum yang sedia ada. Internet adalah alat perhubungan yang agak baru, namun demikian perlakuan dan etika penggunaannya telah ada dalam alat perhubungan sedia ada.
Seorang muslim dilarang mengumpat, menipu, menfitnah dalam percakapan, akhbar atau di laman blog. Etikanya adalah sama. Ada sesetengah orang yang agak keliru, mereka menyangka chating dengan bahasa lucah tidak salah. Bermesra dalam internet dengan bukan mahram disangkanya tidak salah. Orang seperti ini sebenarnya terkeliru dengan perkembangan alat dan teknologi. Medium yang berubah tidak mengubah hukum jika hakikatnya adalah sama.
Jika kita telah memahami perinsip asas diatas, maka senanglah untuk kita mengetahui pandangan Islam berkaitan penggunaan blog dan internet. Jika ianya digunakan untuk kebaikan dengan menjaga batas-batas syarak seperti aurat, adab dan etika maka sudah tentu ianya dibenarkan. Begitu jugalah sebaliknya.
Bahkan saya berpendapat laman blog adalah terlalu diperlukanbagi pelajar universiti, ini kerana blog memberi peluang untuk mereka berkarya, bertukar fikiran, mengasah bakat dan mendekati masyarakat.  Ilmu itu ibarat sesuatu yang hilang dari seorang muslim, dimana sahaja dia mendapatinya maka dialah orang yang paling berhak memilikinya.
 pandangan anda dihargai

1 thought on “”

  1. Assalamualaikum.
    Blog juga adalah satu cabang dakwah. Tidak salah bahkan digesa agar kita semua mengajak manusia ke arah kebaikan. Jadi blog sebagai wadah yang mudah untuk menyampaikan dakwah dan wadah kepada orang ramai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0