- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Seni pendidikan
Satu hari saya membawa anak saya berumur 4 tahun menziarahi sahabat yang kematian anaknya. Anak saya bertanya: Mengapa orang perempuan itu menangis?
Saya: OOO…dia menangis sedih, sebab anaknya mati.
Anak: Sebab apa dia mati?
Saya: Sakit, dia demam dan mati.
Anak: Takkan dia tak bawak anak dia ke hospital?
Saya: Bawak, tapi doktor tak dapat selamatkan.
Anak: Doktor tak pandai ke?
Saya: Bukan, doktor tu manusia saja. Allah yang menentukan.
Anak: OOO.. jadi Allah yang matikan budak ni?
Saya: Allahlah yang hidupkan kita dan Allah lah yang matikan kita.
Anak: Dia mati pegi mana?
Saya: Tuhan ambik dia. Tuhan sayang pada dia.
Anak: OOO…Macam mana ayah kata tuhan tu baik, kalau dia baik takkan dia ambik budak ni, tengok mak dia menangis, takkan tuhan tak kesian. Kalau macam tu tuhan jahatlah. (Maha Suci Allah)
Saya: (senyap dan tiada idea untuk jawab sebab orang ramai dan rasa tak sesuai utk berbincang…)

# Pendidikan merupakan sesuatu yang amat seni, setiap peringkat umur ada uslub dan tekniknya tersendiri, setiap zaman dan ketika ada persembahannya.
pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. sekadar memberi pandangan,
    saya tiada pengalaman memiliki anak sendiri untuk bicara soal kanak2,tapi ini berdasarkan pemerhatian saya.

    kita tidak boleh menganggap kanak-kanak itu terlalu kecil untuk mengetahui sesuatu.takut2 kalau ada unsur lain yang memesongkan pemikiran kanak-kanak itu sebelum sempat kita memberikan penjelasan sebenar.

    tambahan pula banyak media yang memberikan maklumat mencurah-curah kepada kanak-kanak sekarang.

    bila dah terlepas cakap pada kanak-kanak,sangat sukar untuk menariknya semula.lain halnya dengan orang dewasa.=)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0