Sis (2)
Saya telah menjelaskan bahawa metod Sis tidak termasuk dalam katogori perselisihan yang dibenarkan. Mengapa saya berani berkata demikian? Jawapannya ialah kerana Sis tidak mengikut cara pengistinbatan hukum yang di terima oleh Syarak. Namun demikian, perlu diingatkan bukan semua idea yang dibawa oleh Sis adalah salah.
Satu contoh yang dapat disebut ialah masaalah aurat. Ayat aurat datang dengan jelas tentang kewajipan menutup aurat. Had aurat yang boleh diperselisihkan ialah muka, tangan dan kaki.
Tiada sebarang ulamak yang mengatakan aurat dalam Islam mengikut uruf atau adat sesuatu kaum. Ayat aurat tidak membenarkan mereka berpendapat demikian lantaran itu mereka terikat dengan sifat ayat tersebut.
Adapun menganggap aurat sebagai sesuatu yang tidak mempunyai batas tertentu adalah satu pertentangan dengan ijma’ ulamak di sepanjang zaman. Memahami nas cara itu tidak boleh diterima dari sudut bahasa arab yang menjadi tulang belakng kepada kefahaman terhadap nas syarak.
Tindakan Sis menuntut persamaan hak juga telah dicemari dengan perspektif ‘persamaan’ yang kurang tepat. Jika yang dimaksudkan persamaan ialah orang wanita boleh menjadi imam Jumaat, boleh menceraikan suami , boleh membuka bahagian badan mereka, maka perspektif ini perlu diperbetukan segera kerana semuanya bertentangan dengan asas Islam yang disimpulkan oleh ulamak daripada nas-nas quran dan hadis yang bersifat terang.
Namun demikian, pada pandangan saya, kedatangan Sis adalah disebabkan kelemahan orang Islam seperti yang pernah saya sebutkan. Di Malaysia, boleh dikatakan tiada gerakan Islam yang memberikan tumpuan kepada menyelesaikan isu wanita. Ada pertubuhan wanita, tapi bersifat politik, Sis datang mengisi kekosongan itu.
Malah satu kelemahan yang saya sering sebutkan ialah orang baik-baik di Malaysia sentiasa merasakan kalau mereka ingin dapat pahala maka kereka perlu puasa, umrah, haji, baca quran dan buat ibadat2 lain.
Satu ruang ibadat yang ditinggalkan ialah menyelesaikan masaalah orang Islam yang lain. Bahkan perasaan kerahmatan terhadap mangsa perceraian dan keganasan rumahtangga amat sidikit, jangan marah kalau saya katakan ramai juga muslimah yang takut mangsa-mangsa ini ‘merampas’ suami mereka lalu lebih baik mereka ini dijauhi.
Saya bercakap bukan dengan omong kosong, saya ada pengalaman beberapa tahun mengendalikan ibu tunggal dan mangsa dera. Maaalah mereka ialah kasih sayang masyarakat, pembelaan dan keadilan. Banyak juga isu-isu yang ditimbulkan oleh Sis merupakan isu sebenar yang perlukan perubahan. Isu-isu itu melibatkan undang-undang pentadbiran yang masih lemah.
Dengan keadaan itu, saya beranggapan adalah lebih baik jika mereka diajak berbincang, walaupun saya percaya mereka tidak akan berganjak sangatdengan pendirian mereka. Tetapi paling kurang percambahan pemikiran dengan golongan ini akan mendorong para cendikiawan Islam untuk bangkit dari alam keselesaan dan tidur yang lena.
Banyak isu yang ditimbulkan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Jika kita menggunakan jalan mudah iaitu mengharamkn mereka, maka dibimbangi kita sendiri akan terpenjara dengan banyak juga pendapat kita yang bersifat kemazhaban sempit, sememangnya polemik yang ditimbulkan oleh penggugat disepanjang jalan membawa kepada kesuburan pemikiran dan kecergasan minda yang akhirnya mengguntungkan Islam. Wamakaru wamakarallahu wallahu khairul makirin!!!!!!!!!!!
Pandangan anda dihargai