- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Kamu Gila?
Soalan: Apa pandangan ustaz bagi orang yang mengamalkan sunnah dan meninggalkan wajib.
Jawapan: Sebenarnya agak payah bagi saya untuk memahami soalan ini. Atau mungkin lebih tepat jika saya katakan payah bagi memahami situasi ini. Bagaimana pula seseorang itu mementingkan sunnah dan meninggalkan wajib?
Untuk tidak berlaku zalim kepada orang ini, saya mula membuat andaian. Mungkin yang salah dalam soalan ini ialah orang yang bertanya. Ini kerana dia telah salah menggunakan istilah. Dalam satu bentuk, tidak ada bezanya antara sunnah dan wajib. Ini kerana bagi pandangan ahli hadisi, sunnah ialah sesuatu yang diambil dari nabi. Tidak kira sama ada yang diambil itu bersifat mesti, galakan atau keharusan. Dalam situasi ini yang kurang tepat ialah si penanya. Kerana mungkin dia tidak dapat membezakan antara istilah wajib dengan istilah sunnah dalam ilmu hadis.
Itu andaian yang pertama, andaian yang kedua pula ialah penggunaan sunnah dalam soalan tadi adalah betul. Wajib dan sunnah yang digunakan adalah istilah yang biasa difahami. Dalam keadaan ini, sememangnya tindakan orang ini adalah salah. Adalah tidak dapat di terima untuk kita mementingkan perkara galakan berbanding perkara yang dimestikan. Tindakan ini tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Untuk mendekatkan kefahaman, mari kita buat sikit perbandingan. Jika kita membina rumah, ada sesuatu yang bersifat mesti, untuk ianya menjadi sebuah rumah. Tiang, lantai, dinding, atap adalah sesuatu yang mesti. Kalau salah satu bahagian itu tiada maka ianya tidak dinamakan rumah.
Perkara yang menjadi keperluan pula akan diwujudkan setelah adanya rumah. Bilik, letrik, dapor dll adalah keperluan. Langsir, karpet, gambar-gambar yang menjadi hiasan di dinding pula adalah perkara sampingan sahaja.
Jika ada ahli keluarga atau sahabat kita yang membeli langsir sebelum rumah siap. Menyediakan eksesori sebelum loan rumah lulus. Kita akan pelik dan berkata kepada mereka apakah kamu gila? Mungkin itulah soalan yang kita akan tanya kepada orang yang melakukan perkara sunat dan meninggalkan perkara wajib.
Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0