Mohon Maaf
Saya memohon maaf kepada sahabat yang melawat blog saya kerana blog ini tidak aktif selama dua hari. Ini disebabkan oleh ganguan kesihatan yang berlaku pada saya. Mungkin disebabkan kerana terlalu lama didepan komputer beberapa minggu terakhir ini. Alhamdulillah hari ini keadaan beransur baik dan blog saya akan mula aktif kembali insyaallah.
Selama dua hari tidak dapat bergerak bebas, saya teringat kata-kata hikmat orang Arab:
Sehat merupakan sebuah mahkota diatas kepala orang yang sehat. Tiada siapa yang boleh melihatnya kecuali orang-orang yang sakit.
Alangkah ruginya kita jika masa sehat yang amat berharga dibazirkan begitu sahaja. Bila kita sakit barulah kita tahu bahawa hidup ini amat berharga, masa itu amat berharga.
Pandangan anda dihargai