Jom Cari Emas di Pendang!!
Inilah fenomena di Pendang. Ratusan warga kampung bergegas ke kawasan yang dikatakan mempunyai emas. Jika kita lihat dalam gambar diatas macam-macam kita boleh buat keputusan. Ada orang yang kata, beruntunglah mereka dapat RM free. Inilah dia rezki dan rahmat dari Allah untuk orang ….
Saya berpendapat keadaan diatas telah mendedahkan betapa ceramah-ceramah agama, khtbah-khutbah Jumaat dan sekolah sendiri tidak dapat mendidik ramai ahli masyarakat untuk menjadi orang yang lebih cerdik. Ini kerana ahli masyarakat sanggup menggondolkan bukit dan memerah tenaga semata-mata kerana khabar angin yang tidak diketahui dari mana datangnya.
Sudah sampai masanya para cerdik pandai kita, para alim ulamak, para ustaz bila bercakap di depan masyarakat berkerja untuk memandaikan mereka, bukan sekadar memberikan mereka kata-kata yang dihafal atau dikagumi sahaja. Bagi saya, fenomena diatas adalah natijah dari pemikiran yang ketinggalan zaman. Mereka masih belum mengerti apa itu emas, hak perlombangan, undang-undang tanah dll. Paling kurang ambillah sample dan pastikan dulu hakikatnya.
Mereka ingat kalau ada emas kerajaan akan peluk tubuh, Mereka tak tau kerajaan lagi pelahap kalau pasal emas…mereka tak tahu bahawa kerajaan ada pakar dan alat yang amat canggih untuk mengesan dimana emas berada. Kalau ianya ada, sudah lama kawasan itu telah ditenderkan untuk perlombongan dan segala kroni akan berebut-rebut. Tengok saja apa jadi dengan ribuan hektar kawasan emas di Jeli, sapa dapat tanah tu?? heehee…sebahagiannya telah di tukar kepada rupi untuk buat hantaran?? Hehe.
Nasib baiklah saya telah bertekad untuk tidak memenuhkan blog saya dengan maki hamun, kalau tidak, inilah masanya untuk saya melepaskan geram dengan memaki bangsa saya yang saya cintai. Sabar…….
Pandangan anda dihargai
antara faktor yang menyebabkan orang melayu tertumpu pada kawasan ni adalah kerana faktor kewangan…
sekiranya dilakukan kaji selidik pasti yang memenuhi itu adalah dari golongan kais pagi makan pagi atau bekerja sendiri….
golongan melayu yang bekerja swasta @ kerajaan sudah terikat dengan 8-5.
teringat dulu orang tua saya pernah pergi ke Rusila selama 2 minggu melombong emas. namun bila dicampur tolak kos dan makan hasilnya tak seberapa..
Tapi untuk kebanyakan melayu yang tersepit bagi mereka ianya seperti durian runtuh, nanti mungkin ada yang tak melarang anak mereka tidak ke sekolah asalkan kononnya dapat kaya segera.
Lagipun orang melayu suka dengan khabar angin, hantu dan perkara2 misteri dan mistik yang tak berasas.
ingat tak semasa kita pergi melombong emaslah katakan di bukit mandi rusila,dari pagi sampai petang bawa kuali nak melombong emas.lubang yang dikorek oleh pelombong sangat banyak sehinggakan tak ada ruang untuk pijak kaki.kita melombong di lubang orang dah tinggal.tapi dah tak ada tempat lagi ,terpaksalah melombong tinggalan orang.tak silap ana kita dapat rm 70.kemudian dibahagi dengan tiga orang ana, anta dan che weil.ada pengalaman…tapi apa dah jadi dengan bukit mandi sekarang ye ?rakyat baru je nak kaya dah disekat oleh kerajaan.tak silap ana yang banyak dapat emas adalah orang kemboja.mereka lebih mahir mencari emas .mereka tahu di mana "ibu emas".tapi ramai juga yang terkorban sebab tamak dan tak ada pengalaman.tengoklah siapa korban pertama di pendang tu nanti.sebab siapa tamak akan jadi mangsa.-nuar kenitra
sebenarnya yang kat pendang tu bukan emas!!!ekekek
dah lebih dua puluh tahun dulu kita pegi cari mas, emmm…bila ana ingat balik memang lucu, bila ayah aji man tak bagi pegi kita orang memang frust, nak lawan pun dia tu memang konsulton group kita, tapi ingat tak bagimana kita terselamat dari banjir besar, kalau kita p emm mmg p la…nasib baik kita dgr nasihat pakar.