Nafsu dalam Fatwa
Dr Ali Jumuah memberi komen dalam temuramah dengan beliau tentang kekalutan fatwa sepontan yang dikeluarkan dalam siaran TV. Beliau menegur para penceramah, ustaz, motivator dan orang yang bercakap dengan nama agama agar tidak terburu-buru memberi penyelesaian dalam soalan-soalan yang diajukan tanpa mengkaji terlebih dahulu apa yang dicakapkan.
Menurut beliau, salah satu punca kecelaruan yang timbul ialah apabila orangyang tidak menguasai sesuatu bidang atau bukan dalam bidang tersebut mahu bercakap dan menyelesaikan sesuatu pertanyaan. Nafsu ini menyebabkan mereka tersilap dalam memberi pandangan dan penyelesaian. Beliau menyifatkan orang-orang seperti ini sebagai ahli sihir yang boleh mendatangkan keajaiban dengan sekelip mata.
Salah satu faktor kecelaruan fatwa juga ialah sikap masyarakat yang terlalu jahil. Kejahilan mereka itu membuatkan mereka menyangka sesiapa yang menjawab soalan mereka dengan perkataan ‘saya tidak tahu’ maka di bukan orang alim. Situasi ini menyebabkan para penceramah takut dianggap jahil jika mengaku tidak tahu apabila ditanya degan sesuatu persoalan.
‘Ramai pula orang-orang yang bukan bidang agama apabila disoal dengan soaln agama maka mereka cuba menjawabnya. Sepatutnya mereka berkata:pergilah bertanya pada ulamak’ ujar Ali Jumuah lagi.
Selain itu punca kecelaruan juga timbul daripada sifat media sekarang yang inginkan kupasan mendatar dan santai tentang sesuatu polemik. Kedaan ini menyebabkan sesuatu polemik tidak dapat dihurai dengan ilmiah, jika ianya sekadar tazkirah atau nasihat sahaja maka tidak mengapa, tapi jika ianya fatwa atau keputusan hukum-hakam maka ianya perlu diulas secara mendalam.
Salah satu faktor kecelaruan fatwa juga ialah kezaliman pemerintah. Apabila rakyat berhadapan dengan kezaliman pemerintah, maka mereka menjadikan orang-orang agama sebagai tempat berlindung, mereka cuba menjadikan orang-orang agama ini sebagai alat mereka untuk berhadapan dengan pemimpin yang mereka benci, dengan itu mereka cuba mempengaruhi pandangan dan pemikiran guru mereka agar dapat menghukum pemimpin tersebut.
Itulah beberapa point yang dapat saya petik daripada temuramah yang telah dijalankan dengan Mufti Mesir Dr Ali Jumuah
assslamualaikum.syeikh apa yang anta faham tentang produk islam atau produk muslim.apa krateria produk islam@muslim.nuar kenitra
Ada produk orang islam dan berada di negara islam, ada produk negara islam tetapi dibuat oleh orang bukan islam, ada produk orang islam tapi dalam bukan negara islam, ada produk orang islam tetapi pakaging saja, pembuatannya orang bukan islam.(banyak macam ni) Setakat ni tak dengar pulak produk orang Islam tapi pakajing bukan orang Islam.
Oo ya ada produk orang Islam tapi joinvencture dengan orang bukan Islam
jadi kesimpulannya produk islam ialah orang islam yang buat.walaupun mutunya rendah.sebab sekrang ni orang mempopularkan produk islam.menggunakan sentimen agama.ana juga tertanya-tanya bila pulak produk mengucap dua kalimah syahadah!?-nuar kenitra