- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Musim Panas di Maghribi
Sekarang ni musim panas di Maghribi, suasana bebarapa bulan lepas yang diselubungi kesejukan bertukar menjadi panas. Pakaian orang ramai pun bertukar kepada nipis, semak samun yang menghijau pun kering dan ranap. Kambing yang beberapa bulan dulu diselimuti bulu tebal pun dicukur dan terdedahlah hakikat saiznya yang sebenar.
Begitulah warna-warninya kehidupan dinegara 4 musim. Satu yang menarik juga ialah tabiat menghabiskan masa dimusim panas untuk berekreasi di pantai. Satu tabiat yang warna-warni juga kerana dipantailah didedahkan segala aurat dan terserlahlah segala yang haram ditonjolkan.
Suasana pantai Maghribi yang penuh dengan kemungkaran membuatkan gerakan Islam disana cuba dengan pendekatan mengadakan perkumpulan dan berekreasi dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Para muslimah menutup aurat dan solat berjamaah di pantai.
Sebenarnya perkumpulan jenis ini pun diharamkan oleh pemeintah. Mereka dianggap mengganggu orang ramai. Teknik ini mula di perkenalkan sekitar tahun 2000, setelah gerakan Islam melihat fatwa menghalang daripada mengunjungi pantai sukar untuk dipenuhi. Ini kerana berekreasi adalah tuntutan semula jadi yang perlu untuk kerehatan jiwa dan minda.
Dari situ mereka mengubah teknik, dari teknik pertama megasingkan diri kepada teknik kedua iaitu menonjolkan diri. Ternyata sekali teknik kedua sebenarnya lebih berkesan kerana orang ramai melihat perkumpulan yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. Main bola, sukan, berenang dll. Bukan itu sahaja, sesiapa yang ingin menyertai perkumpulan boleh masuk sama walaupun mereka bukan ahli jamaah mana-mana, hanya kerana mereka berminat.
Teknik ini telah mampu menjadi asas dakwah yang subur rupanya. Kesannya kerajaan mengambil langkah melarang perkumpulan ini pada mulanya. tapi apa kan daya, setakat mana lah kerajaan mampu menyekat orang dari berekreasi? Akhirnya sedikit demi sedikit kewujudan mereka diterima umum.
Perkumpulan ini semakin disayangi masyarakat kerana mereka melihat sendiri disiplin yang diterapkan. Biasanya sampah sarap akan berterbangan di tempat perkelahan, tetapi kali ini ahli rekreasi pula yang mengutip sampah dan meninggalkan kawasan perkelahan lebih bersih dari sebelumnya.
Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0