- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Makanan Orang Bukan Islam

Soalan:
Apakah hukumnya memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam.

Jawapan:
Pertama sekali saya mintak berbanyak kemaafan kerana lambat beri jawapan terhadap persoalan ini. Bukan apa, saya sebenarnya memperuntukkan masa yang agaklama bagi membaca pendapat-pendapat ulamak dalam persoalan ini.

Kesimpulannya ialah pada dasarnya masakan orang bukan Islam adalah sama dengan masakan orang Islam. Tidak ada syarat Islam dalam menyediakan makanan. Jika mengandungi bahan-bahan yang haram dimakan atau najis, maka sudah tentu ianya haram. Seperti binatang yang tidak disembelih, babi, najis dan arak.

Kebanyakan makanan di pasaran sekarang ialah makanan yang diproses oleh orang bukan Islam. Ini keranan perindustrian yang diceburi oleh orang Islam masih terhad. Namun demikian makanan yang dijual agak selamat kerana pengguna boleh merujuk kepada logo halal Jakim.

Masaalahnya ialah bila makanan yang diberikan itu dimasak di rumah. Ramai ulamak yang mengatakan bahawa harus memakan makanan itu, hujah mereka ialah Rasulullah s.a.w. pernah diberikan makanan oleh orang Yahudi lalu beliau memakannya tanpa banyak bertanya.

Dr Ramadan al Buti ulamak syiria dan Syeikh Uthaimin, seorang ulamak Saudi, berpendapat harus memakan makanan yang dimasak oleh orang Hindu atau Budha tanpa perlu diselidiki kecuali jika makanan itu adalah haiwan yang perlu disembelih.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0