- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Dajal Telah Lahir

Soalan:

Seorang lelaki telah mengaku memiliki karamah, akibatnya dia telah melarang orang lain dari mendapatkan lebihan air sembahyang yang telah digunakannya supaya mereka tidak mendapat apa yang dimilikinya.

Jawapan:
Soalan ini datang dari seorang kawan, dia juga seorang pensyarah di bidang syariah, oleh itu saya menganggap soalan ini hanya sekadar meminta pendapat sahaja.

Antara asas yang pernah saya kupas ialah kepercayaan kepada alam ghaib bukannya bererti kita mesti mempercayai semua cerita pelik dan misteri. Yang dimaksudkan seorang muslim wajib mempercayai perkara ghaib ialah perkara ghaib yang disampaikan oleh quran dan hadis yang sahih.

Adapun cerita-cerita ghaib dan pelik yang diberitahu selain dari sumber yang suci itu maka tidak termasuk dalam tuntutan iman. Tidak mempercayainya tidak menjejaskan iman walau sedikitpun, bahkan mempercayainya berkemungkinan akan menjejaskan iman.

Dalam kes orang yang mendakwa mencapai karamah sehingga berlaku perkara yang disebut diatas, maka pada zahirnya menunjukkan dia adalah penipu sahaja. Ini kerana apa yang dikatakan karamah bukanlah berada dibawah penguasaan seseorang. Jika berlaku suatu benda pelik, seperti makanan yang sedikit mencukupi untuk jumlah orang yang ramai, ini tidak bermakna individu itu boleh berbuat demikian pada masa akan datang, ianya bukan dibawah kawalannya. Ia mungkin berlaku sekali sahaja.

Apa yang dapat kita fahami daripada kehidupan sahabat dan salafu soleh, peristiwa itu berlaku tanpa dipelajari, dituntut atau diwarisi. Adapun orang yang mengaku itu dan ini maka tidak perlu dilayan, tambahan pula dia berusaha agar kebaikan tidak didapati oleh orang lain, inikah sifat orang yang sampai ke peringkat yang dikatakan tinggi martabatnya?

Khulasahnya ialah didalam masyarakat sememangnya lahir dajal-dajal yang menipu masyarakat atas nama agama, maka janganlah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan itu kerana ianya membuang masa anda.Sebaliknya penuhkan masa dengan meningkatkan kefahaman Islam dan beramallah dengan ilmu, tenaga dan harta bagi mencapai keredaan Allah.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0