-
9 orang Kristian ditahan di UPM Wong Pheak Zern | Jul 15, 09 1:37pm - Malaysiakini.kemaskini 6.30pm Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.LAGI
Wacana Ilmuan:
Saya tertarik dengan cerita ini kerana teringat dengan cerita seorang kawan, peristiwa berlaku pada tahun lepas bila kawan saya ni pergi ke masjid Putra Jaya, dia dapati ada bena tentang agama (saya tak ingat apa tajuk bena tu) dalam bahasa Inggeris.
Bila dia dekati pemuda yang menjaga meja yang mengandunggi pemplet, didapati ianya satu promosi untuk agama Kristian. Kawan saya sempat berborak sebentar dengan lelaki muda itu dan memberikannya no tel. Kawan saya ni pulak memang mempunyai maklumat baik tentang Kristian walaupun bukan seorang ustaz. kawan saya mahu berdebat dengan lelaki muda itu. Kawan saya solat dahulu kerana bilal dah iqamah.
Setelah solat kawan saya kembali untuk berdebat dengan lelaki itu tapi dia telah tidak ada. Kawan saya balik dengan 1001 persoalan. Soalan pertama ialah bagaimana pendakwah muda secara terang-terang boleh membuat promosi agama Kristian? Soalan kedua kemana dia telah pergi?
Kawan saya akhirnya melupakan saja peistiwa dia dengan pendakwah Kristian itu. Kalau tak silap saya selang 3 bulan lepas peristiwa itu, dia dihubungi oleh pendakwah Kristian tersebut melalui tel. Dia mahu berjumpa dengan kawan saya. Saya tak ingat pulak dimana mereka berjumpa, tapi yang pentingnya kawan saya sempat berjumpa semula dengan pendakwah Kristian itu.
Setelah berkenalan lebih lanjut baru dapat diketahui rupanya lelaki muda itu dari Amerika. Dia datang untuk menyebarkan Kristian, dia dibiayai oleh Kristian dan gereja disana. Tiket, hotel, makan dan elaun semuanya di biayai oleh gereja.
Kali ini lelaki muda itu datang bersama isterinya. Mereka berdua full time berdakwah. Kawan saya tak lupa juga bertanya kemana dia pergi setelah berjanji untuk berdebat tempoh hari. Pendakwah itu berkata: Saya ditangkap!!! Dia mendakwa ditangkap selama 3 hari dan kemudiannya dihantar balik ke Amerika. Kali ini dia datang bersama isterinya pula!!!
Apa yang saya dapat simpulkan dalam kisah kawan saya itu tadi ialah:
1- Memang banyak berlaku penyebaran agama Kristian kepada orang Islam di Malaysia dan ianya bertentangan dengan undang-undang negara. Oleh itu tindakan melalui undang-undang boleh diambil kepada mereka.
2- Satu kelemahan ahli masyarakat ialah mereka tidak tahu bagaimana bertindak. Kebanyakan dari kita tidak tahu bertindak bila melihat sesuatu perkara seperti diatas atau kes khalwat, kes kecurian harta awam seperti pasir sungai, simpang jalan yang di tutup pokok dan sebagainya. Apa yang dibuat biasanya mengeluh, mengutuk dan tak kurang juga yang menjadikannya isu politik.
3- Apabila saya menulis tentang satu saluran radio yang telah bertindak menyiarkan perbualan yang anti Islam, seorang telah menghubungi saya dan memberitahu bagaimana cara bertindak yang betul. Baru saya perasan perlunya mengajar masyarakat tentang perkara ini.
4- Saya berharap sangat supaya orang-orang yang boleh memberi tunjuk ajar dalam bab ini menulis diruangan blog saya satu artikel tentang tajuk ini. Artikel itu boleh dihantar melalui email benmokhtar2@gmail.com saya akan menyiarkannya insyaallah.
Pandangan anda dihargai
pagi tadi tengah-tengah ana bersarapan di kantin sekolah ana terlihat salah satu program mhi di tv3 menjemput satu kumpulan penari bollywood.yang ana terperasan ialah salah seorang penyayi dan penari utama bollywood itu memakai baju t-shiirt yang terpampang lambang salib penuh di bahagian depan baju.tak ada undang-undang dan etika berpakaian ke?macam mana boleh telus.cuba anta tanya puak tv3.kot2 ada jawapan.-ke kampar 2 jam je.nuar kenitra
masaalah org malaysia ialah mereka memberatkan hukum hakam ibadat, itupun dalam beberapa ibadat saja, kalau pasal najis anjing ha dialah yang campion, kecintaan dang ghirah ala din takde…bukan org tv3 saja …org2 agama pun sama…
Berdasarkan berita, itu baru 'dakwaan'. Malah yang didakwa juga menafikan mereka ada melakukan 'hal' yang didakwa ke atas mereka.
Kenapa begitu cepat menyimpulkan hal ini?
mungkin sebab bebarapa kes telah tidak menyebelahi kita?