Budaya Bermazhab dan Bertaqlid di Malaysia (4)
Sejarah Budaya
Bermazhab dan Bertaqlid di Malaysia
Jika keadaan yang diterangkan dalam perenggan sebelum ini membabitkan kebanyakan negara dunia Islam, maka perkara yang serupa juga dialami oleh Malaysia. Namun demikian kajian tentang budaya bertaqlid dan bermazhab di Malaysia amat berkait rapat dengan tarikh kemasukan Islam di Malaysia. Ini kerana amalan bertaqlid dan bermazhab tidak mungkin timbul sebelum kemasukan Islam ke negara ini.
Tarikh sebenar kemasukan Islam ke Malaysia masih menjadi bahan kajian para sarjana. Petunjuk yang didapati hasil kajian baru menguatkan teori kemasukan Islam jauh lebih awal dari seperti yang diketahui umum sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan Islam di Malaysia di sebarkan oleh pedagang Gujerat juga telah di tolak oleh sebahagian sarjana. Mereka mengatakan Islam masuk lebih awal dan dipelopori penyebarannya oleh orang-orang Arab.
Kajian terbaru dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia terhadap undang-undang Kedah mendapati Kedah adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan hukum Islam dan kemasukannya adalah seawal kurun ketiga hijrah.
Kajian ini dibuktikan lagi dengan perilaku masyarakat Islam Malaysia yang amat sebati dengan ajaran Islam sehingga tersebarnya perkataan ‘masuk Melayu’ bagi menunjukkan kepada orang yang memeluk Islam.
Samada menerima teori kemasukan Islam melalui pelabuhan Melaka yang dikunjungi oleh orang-orang Gujerat, atau Islam di Malaysia berasal dari tanah besar China atau teori lain, apa yang jelasnya ialah masyarakat Malaysia telah menerima ajaran Islam dalam mazhab Syafie.
Bilakah pengaruh mazhab Syafie mula bertapak di Malaysia adalah tidak diketahui secara tepat. Namun demikian kitab-kitab karangan ulamak Patani dan Indonesia telah diajarkan di puasat-pusat pengajian di Malaysia. Kita-kita ini merujuk kepada mazhab Syafie dan secara lebih khusus ialah aliran pemikiran Nawawi dan Ghazali.
Kitab-kitab ini menjadi rujukan selama beberapa abad di pusat-pusat pengajian Islam yang tersebar di seluruh pelusuk semenanjung. Namun demikian setelah dunia Arab mengalami sedikit pembaharuan, dan lahirnya ulamak yang cuba menggalakkan ijtihad serta kupasan semasa terhadap Islam,maka Malaysia juga mengalami desakan kearah pembaharuan.
Pada dasarnya gelombakan desakan kearah pembaharuan itu berlaku sebanyak tiga kali dan cuba untuk mengajak masyarakat intelek di tanah air untuk melakukan sedikit pembaharuan. Pada tahun 20-30an kumpulan lepasan Arab Saudi balik dengan pengaruh pemikiran Syeih Abdul Wahab, Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayim. Sheikh Muhd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari adalah antara orang yang cuba membawa perubahan.
Selain dari pemikiran ulamak Saudi, pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Reda juga sampai ke Malaysia. Mereka menyeru supaya diadakan percambahan minda dan beberapa isu seperti isu bid’ah cuba dibangkitkan. Gelombangan ini juga datang dari lepasan India yang mendapat idea daripada pemikiran Waliullah al Dahlawi.
Gelombang kedua menuntut perubahan dan mengkritik pengamalan mazhab Syafie di Malaysia ialah sekitar tahun 40an hingga tahun 60an. Kumpulan ini cuba menghidupkan kembali usaha-usaha yang telah dipelopori oleh akivis sekitar dua dekat yang lalu. Semangat aliran ini agak kuat kerana mereka telah berjaya bertapak di negeri Perlis.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh golongan pembaharuan ini walaubagaimanapun hanya berkisar dalam persoalan fekah ibadat dan sedikit pada permasaalahan teori dalam aqidah. Keadaan ini agak merumitkan kerana boleh menimbulkan perpecahan saf orang Islam.
Gelombang ketiga bermula disekitar tahun 70an. Kemunculan kali ini nampaknya lebih kuat kerana bukan sahaja orang-orang yang pulang dari Saudi sahaja telah terkesan dengan aliran ini, namun demikian pelajar bidang bukan agama dan melanjutkan pelajaran ke Eropah juga ramai yang telah terdedah dengan pemikiran pembaharuan ini.
Desakan kumpulan ini juga makin kuat keranan aliran ini mula mengukuh diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, negara Saudi menaungi segala aktiviti mereka dan negara-negara Islam lain seolah-olah tidak dapat untuk menyekat perkembangan ini kerana faktor pengaruh negara Arab Saudi.
Pandangan anda dihargai
apabila membicarakan bab ijtihad dan taqlid ini,ana tengok masyarakat kita khususnya orang belajar agama بغض النظر عن العوام والجهلاء masih tidak boleh menerima perbezaan pandangan orang lain.lagi teruk dia akan kutuk bukan sahaja pendapatnya bahkan sehingga melibatkan peribadi.sebagai contoh laman blog sawanih wa khawatir .هذا خطر جدا ومن الأحسن أن لا تضيف مثل هذه الصفحة إلى موقعك . وذلك الموقع سيكون حجر كؤود نحو التسامح في الرأي والجتهاد.أرجوك إحذفه. nuar kenitra.Hari ni ada pesta makan durian di perak.mai la.
betulke sawanih wa khawatir? ana rasa sawanih wa khawatir blog suf saja.
minggu ni ana ada program penuh sabtu ahad, insyaallah bila ada luang ana akan p, bawak mail sekali, tak de durian takpa ziarah ukhuwahah dah memadai