Pocong gemparkan Felda Jengka 4
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4. |
Wacana Ilmuan:
Imam Syafie berpendapat sesiapa yang beriktikad dapat melihat jin maka dia dihukumkan fasik. Ini kerana pengakuan tersebut bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud ‘ sesungguhnya Iblis dan keturunannnya melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka’.
Walaupun demikian para ulamak berselisihan pendapat apakah jin boleh menjelma dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sebahagian besar ulamak berpendapat jin boleh menjelma dalam bentuk yang berbagai.
Alam jin adalah termasuk dalam perkara ghaib yang memerlukan kepada rujukan quran dan hadis. Ini kerana sifat alam ghaib adalah tidak di ketahui oleh manusia. Janganlah kita cepat mempercayai sesuatu dengan hanya ada orang memberitahunya.
Apa yang saya ingin komen berkenaan berita diatas ialah wujudnya keadaan ekstrim dalam masyarakat. Yang saya maksudkan ekstrim disini ialah masyarakat Melayu membesar-besarkan perbahasan mengenai alam jin seolah-olah jin adalah satu makhluk yang sangat kuat dan menguasai manusia.
Sedangkan apa yang dapat kita lihat dalam quran dan hadis ialah dunia ini dijadikan untuk manusia dan manusia adalah khalifah Allah di dunia ini. Akibat dari usaha mempromosikan alam jin ini, jiwa anak-anak menjadi penakut dan orang dewasa dipenuhi khurafat. Bila sakit dikatakan perbuatan jin, bila berniaga tak jadi dikatakan akibat sihir, bila histeria dikatakan rasukan jin. Walaupun quran mengatakan jin dan syaitan tidak dapat menguasai manusia, tapi ajaran itu tidak diendahkan.
Saya lihat ada dua golongan yang bertanggungjawab mempromosi dan membesar-besarkan keadaan ini. Pertama pihak media yang mahukan publisiti dan meningkatkan jualan berita mereka. Berita sedemikian menjadi buruan ahli masyarakat yang jahil dan tidak ada aktiviti keilmuan dan pemikiran yang baik. Berita, filem dan documentari mistik akan laris di pasaran kita.
Pihak kedua ialah golongan agama yang mencari rezki dengan menghalau jin. Mereka kononnya akan menggunakan kemahiran tertentu yang boleh menghalau jin dari menguasai manusia. Sudah tentu servis itu disertakan dengan bayaran. Bayaran itu ada dua jenis, satu RM, dan sejenis lagi ialah penghormatan masyarakat dan kekaguman mereka. Kalau anda ingin dihormati dalam masyarakat Melayu, tak payah belajar tinggi-tinggi, belajar saja jadi bomoh, insyaallah anda akan dihormati.
terima kasih ustaz harap ustaz dapat terangkan dengan dengan lebih detail tentang kepercayaan karut orang melayu ni….
seperti mendapat ilmu dalam mimpi…. ilmu tenaga batin seperti kebal dan kuat dll… mtjeneym
insyaallah akan saya sentuh dari semasa kesemasa