IPOH – Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.
“Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.
“Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.
“Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.
-Kosmo
Wacana Ilmuan:
Tahniah kepada Kartika Sari Dewi, nama anda akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Sebenarnya saya bukanlah peminat pakaian yang anda peragakan. Apa yang menarik minat dan mengharukan saya ialah sikap anda yang mengakui kesilapan.
Sebenarnya bukan senang untuk mengakui kesilapan dan menerima hukuman dengan reda. Nafsu kebiasaannya akan membenarkan perbuatan salah dan cuba mencari dalih dan alasan. Bila saya membaca pengakuan dan ulasan anda tentang hukuman, saya rasa sebagai seorang Islam saya patut mengucapkan tahniah, saya rasa saya mungkin tidak mampu sampai ke peringkat keikhlasan dan kepatuhan anda.
Saya juga yakin, jika anda menjauhi bidang kerjaya model, anda akan menjadi seorang yang lebih hebat. Ini kerana sebenarnya kerjaya itu tidak sesuai untuk seorang muslimah. Saya akan mendoakan kesejahteraan andan walaupun mungkin anda tidak pernah mengenali saya.
Sebenarnya peristiwa mengakui kesalahan dikhalayak ramai ini sesuatu yang besar dan terpencil, tindakan anda mengingatkan saya kepada satu peristiwa dizaman nabi s.a.w. bila mana seorang perempuan datang mengaku berzina di depan rasulullah. Walaupun baginda cuba menolak pengakuan itu, tapi perempuan tersebut masih tetap berterusan mahu dihukum. Akhirnya beliau dihukum rejam sampai mati.
Begitulah sejarah penah meriwayatkan bagaimana seorang wanita yang tersasar tapi kembali pada perinsip kebenaran dan menerima segala takdir Allah demi membersihkan dirinya. Terharunya saya bila membaca cerita seperti ini kerana merasai kekerdilan diri.
Sebenarnya sikap anda juga memberi sentuhan kepada saya bahawa umat Muhammad masih dalam fitrahnya. Walau apapun berlaku dan dikaitkan dengan umat ini, tapi sebenarnya nadinya masih berdenyut.
Bayangkan baru seminggu lepas saya didatangi seorang remaja selepas sesi ceramah, dia menangis teresak-esak. Ustaz saya tidak pandai mengucap dan saya tidak pandai mengaji. Puas kami menenangkan beliau. Hatinya tersentuh dan terpancarlah kebesaran iman disebalik kekelaman noda. Situsai ini sepatutnya menjadi satu motivasi bagi para duah bahawa hati-hati umat ini masih terbuka pintunya cuma…siapakah yang mahu mengetuknya?
Pandangan anda dihargai
ana juga telah membaca pengakuannya di Harian Metro.ana juga kagum dengan beliau dan keluarga beliau.kata ayahnya biarlah beliau menerima hukuman ini.inilah hukuman yang menepati syariat islam.beliau juga katanya telaha mendidik anaknya itu diajar mengaji dan asas-asas agama.moralnya, asas agama dari rumah penting.kalau terbabas pun di akan kembali kepada landasan asalnya.keduanya ,ayahnya mengharapkan hukuman hudud dilaksanakan kepada anaknya.cuma yang tak nak BN dan konco2nya sahaja.tapi sedihnya ada penulis islam / melayu yang hebat contohnya dalam laman blog kadir jasin meminta badan perundangan supaya review balik hukuman sebat yang akan dilaksanakan oleh mahkamah syariah.syeikh, duah kat malaysia ni ramai.tapi kat mana silapnya masyarakat kita semakin teruk ,jauh dari agama Allah.-nuar kenitra
salam
"cuma yang tak nak BN dan konco2nya sahaja"
Dr lo'lo' tu orang BN ke?
Nak tanya pandangan ustaz Rosli pasal statement Dr lo'lo' ngan sharizat.