- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Ulamak, Politik dan Hukum-hakam
Saya rasa satu kelemahan situasi di Malaysia ialah tidak ada pihak bercakap agama tapi tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik. Ulamak dalam Pas sudah tentu dalam beberapa persoalan cuba condong pada Pas.

Ulamak dalam jabatan kerajaan, mufti dan apa yang dipanggil ulamak kerajaan memang memikirkan nasib, pangkat, bagaimana membayar pinjman kereta dan rumah. Jika bercakap banyak buruk padahnya.

Tidak ada satu pihak yang bila mengulas sesuatu isu maka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Situasi ini menyebabkan bila kita cuba bercakap orang akan suluh, parti mana ni, ooo ni kerajaan kata pembangkang. oooo ini pembangkang kata pemerintah.

Satu perkara yang tidak baik pula ialah bila satu pihak nak marah maka mereka akan mencari2 kesalahan pihak lawan dan kalau boleh ada sokongan orang agama dan hukum hakam. Bila pemimpin meraikan orang bukan Islam pada hari raya mereka, maka pembangkang buat isu lalu dikatakan boleh murtad perbuatan itu. Bila Nizar pegang lilin dalam majlis bersama Cina yang mati, maka cepat-cepatlah isu dimainkan untuk menunjukkan kejahatan pihak lawan.

Yang saya turut kesian ialah adanya ulamak yang ikhlas tapi menjadi bola sepak kepada kedua-dua pihak yang mencari kedudukan. Mereka bukan mencari hukum Allah tapi mereka mencari hukum yang boleh membantu mereka untuk menundukkan lawan.

Ada orang kata, ha pihak yang tidak dipergunakan oleh sesiapa ialah orang tarikat dan sufi kerana mereka tidak terlibat dalam politik. Maka pendek cerita saya katakan salah. Ramai juga orang tarikat yang digunakan oleh kerajaan untuk menunjukkan mereka buat sesuatu untuk Islam lalu ianya merupakan satu promosi kepada mereka.

Saya ambil contoh Dr Ramadan al Buti, Wahbah Zuhaili, Yusuf Qardawi adalah contoh ulamak-ulamak yang berjaya membebaskan diri mereka dari menjadi kuda tunganggan mana-mana pihak. Mereka tidak rela diri mereka menjadi kambing hitam yang panjang tanduk dan janggutnya tapi boleh disorong kemana tuannya suka.

Walaupun yusuf Qardawi dibesarkan dalam perjuangan Ikhwan dan dia dipenjarakan ketika bersama ikhwan tetapi beliau mengkritik pemikiran Syed Qutb dan menganggapnya satu marhalah pemikiran yang perlu ditinggalkan.

Dr Ramadan al Buti mempunyai nasihat-nasihat yang sungguh hebat kepada pemerintah Syria yang terkenal dengan kekerasannya menentang aliran Islam.

Dalam mengulas persoalan ini, saya tidak mengatakan kepada masyarakat jangan sokong parti tertentu, tapi apa yang perlu diajarkan kepada masyarakat ialah manakah pertelingkahan dalam perkara agama dan manakah pertelingakan dalam pentadbiran yang tidak bersifat halal-haram.

Para ulamak juga mana dia soalan yang ikhlas untuk diketahui jawapannya dan mana satu soalan berbentuk politik. Tidak kurang juga ulamak yang mengupas sesuatu isu dengan semangat,lntang dan berjela-jela penerangannya, bila dia bertindak demikian? Bila ulasannya terkena pada pembangkang.
Bila persoalan terkena pada pemerintah maka dia akan bercakap dengan ringkas penuh kiasan dan tidak jelas kupasannya. Merekatidak sedar bahawa tindakan seperti ini adalah tidak adil dan berkepntingan diri.

Mengapa di negara-negara Arab wujudnya institusi ulamak yang tidak perlu kepada pergantungan terhadap parti politik atau pemerintah. Bukan sahaja mereka tidak bergantung mereka juga tidak terkongkong dengan arus kepartian.

Setelah melihat-lihat suasana dalam dua keadaan, saya terperasan dengan satu sifat asas yang amat penting. Sangat penting dalam mengembalikan kekuatan ulamak. Perkara asas itu terletak pada dua pihak.

Pertama ulamak itu sendiri. Jika ulamak meletakkan ilmu mereka sebagai bahan mencari rezeki dan di dalam otak mereka penuh perancangan untuk hidup dengan kemewahan yang dikumpul oleh orang korporat, maka agamalah yang akan menjadi bahan dagangan mereka walau dipihak manapun mereka bertenggek.

Salah satu sumber kekuatan lain pula ialah penyokong atau umat. Jika sikap umat menyokong ulamak seperti pengikut parti menyokong wakilnya, maka mereka sediri akan merebahkan perjuangan ulamak. Ini kerana setiap perjuangan perlukan sokongan dan pengorbanan umat adalah tonggak kekuatan ulamak.

Lihatlah bagaimana tawaduknya lamak-ulamak yang saya sebutkan diatas. Walaupunmereka mempunyai kekayaan tapi nampak jelas dalam kehidupan mereka bukan kemewahan yang menjadi buruan mereka.

Sebenarnya entry ini adalah kupasan kepada persoalan yang dilontarkan dalam ruangan comment dalam post dibawah.
Wallahua’alam

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. Salam ustaz..hmm..betul kata2 ustaz tu..walau cmnepn,tetap ade golongan2 ni.yg mjaga agama dgn caranya;dlm golongan itu sendiri pun ada yg bcanggah pdpt (pbezaan pdpt pun pentingkan utk kelangsungan sesuatu perkara).
    susah nak kata.x kata pun x kena..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0