- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


ESQ Training (3)

Seperti yang saya katakan bahawa saya menghukum dengan apa yang saya nampak sahaja, saya tengok ada banyak kebaikan dan kehebatan yang telah dibawa oleh ESQ.

1-Modul
Antara kehebatan ESQ terserlah pada modulnya yang mantap. Ini kerana mereka telah berjaya menyatukan antara pembangunan spiritual dan metirial. Mereka juga berjaya menyatukan antara pembanggunan individu dengan kecintaan kepada negara.

Semasa makan bersama pihak pengurusan ESQ seorang peserta mencadangkan supaya lagu jalur gemilang tidak dimainkan selepas sesi muhasabah, saya tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana itulah antara ciri penting keistimewaan ESQ. Di Malaysia rata-rata memperkecilkan kecintaan terhadap bangsa dan negara dan ramai pula yang merasakan kecintaan kepada negara sebagai sifat asabiah yang terlarang.

Saya tidak mahu mengulas panjang tapi saya telah menghadiri banyak motovasi, kebanyakannya tidak membangkitkan rasa kesedaran menyedarkan oranglain dan dakwah.

Kefahaman mereka terhadap asma’ husna juga baik kerana menggabungkannya dengan amalan dan sifat manusia. Amat banyak motivator yang menjadikan asma’ husna sebagai bacaan dan menggalakkan ianya diulang beberapa kali dirumah atau setiap hari.

2-Persembahan
Kekuatan ESQ ialah pada persembahannya yang menggunakan audio visual yang memukau penonton. Dengan sound sistem yang cukup canggih menjadikan tayangan slide mereka memukau. Tambah lagi denga 3 skrin besar. Walaupun pada hakikatnya segala maklumat yang disampaikan bukanlah sesuatu yang baru , tapi gabungan dengan alunan nasyid memberikan impak yang baik.

3-Motivator
Kekuatan ESQ juga terletak pada penggerak kursus yang menguasai bacaan dengan agak baik. Walaupun ayat quran hanya diterjemahkan diskrin tapi mereka membacanya dalam bahasa arab. Walaupun terdapat kelemahan pada bacaan tapi itu telah cukup baik berbanding dengan motivator Malaysia yang baca quran lintang pukang. Mereka juga menguasai modul dan mengamalkan sifat senyum yang disarankan. Sepanjang program 3 hari saya lihat mereka semua tersenyum walaupun ketika berbincang sesama mereka. Selain itu motivator ESQ juga agak tampan, sudah tentu ianya satu anugerah yang tidak diperkecilkan.
bersambung…..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0