40 orang jemaah yang menunggu untuk solat Jumaat telah mati akibat ditimpa menara masjid yang tiba-tiba runtuh. Selain itu 80 orang jemaah lagi cedera dan sebahagiannya parah. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat 19 Fab 2010. Masjid yang runtuh itu terletak di bandar Meknes, kira-kira 140 km dari bandar Rabat, ibu negara Maghribi. Kejadian berlaku ketika kira-kira 300 orang jemaah sedang menunggu untuk solat. Setakat ini tidak ada pelajar Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam peristiwa malang ini. Masjid bersejarah yang berumur sekitar 400 tahun itu runtuh berikutan tidak ada usaha membaik pulih yang dilakukan oleh pihak kerajaan Maghribi.
Pandangan anda dihargai