- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Soalan:
Salam ustaz, ramai org fwd doa ni, tapi saya x pasti kesahihan sumbernya. Tk

PictureN97 019.jpg

WAcana Ilmuan:
Saya agak hairan ada orang yang ingin mengambil peluang menyebarkan fahaman mereka dalam suasana ketakutan masyarakat terhadap penyakit H1N1. Doa ini tiada kena mengena dengan penyakit tersebut . Bahasa Arabnya pun tak betul dan kita umat Islam jangan cari yang pelik-pelik. Doa adalah permintaan kepada Allah. Bagi yang tak boleh bahasa Arab mintak saja dengan Allah dalam bahasa Melayu, tak perlu penat-penat hafal doa yang tak difahami. Bacaan diatas disebut-sebut oleh aliran syiah kerana mereka suka bertawassul dengan keluarga nabi.

Dalam kesempatan ini, saya nak betulkan juga perspektif sebahagian ahli masyarakat kita yang terlalu mementingkan lafaz doa. Mereka menganggap sesuatu doa itu berkesan kerana lafaz doa tersebut. Keadaan itu tidak benar.

Allah melihat kepada kekhlasan hati dan amalan manusia. Adapun kelebihan doa wujud apabila ianya diambil dari Rasulullah yang dinamakan doa ma’thur. Kelebihan doa ma’thur ialah ringkas, padat, mencakupi aspek duniawi dan ukhrawi dan lain. Saya ulas panjang dalam buku saya Maqasid al Syariah.

Adapun doa yang direka oleh manusia biasa maka tiada sebarang kelebihan tersendiri, setiap orang itu lebih mengetahui keadaan dirinya. Banyak juga dakwaan doa-doa tertentu diambil dari orang alim, tiba-tiba takdelah kelebihan sangat kerana orang alim bukannya nabi. Banyak juga doa-doa tersebut bertentangan dengan adab2 doa. Apa yang disampaikan oleh nabi s.a.w. sudah mencukupi untuk diamalkan.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0