- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Tutup atau tidak

Oleh Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Haika Khazi dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Pelbagai pihak persoal sekolah terus dibuka ketika peningkatan penularan H1N1

KUALA LUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah 44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagai pihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolah ditutup bagi mengelak penularan wabak itu.

Sesetengah pihak pula keliru kerana mendakwa garis panduan berhubung penutupan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas.

Wacana Ilmuan:
Rakyat sedang mati, tapi menteri masih was-was nak tutup sekolah ke tidak, alasan kalau tutup akan ganggu prestasi dalam peperiksaan. Kita pun tak faham macam mana mereka berfikir.

Ade ke nyawa budak-budak ditaruhkan dengan periksaan. Sebenarnya mereka takut reputasi mereka yang merosot bukannya budak-budak. Saya cadangkan sekolah ditutup cepat dan jangka masa yang agak lama. Seperti sebulan.

Jangan ingat saya malas nak pergi kerja, kerana cuti akhir tahun boleh dibatalkan dan peperiksaan boleh dilewatkan. Ini kerana kemungkinan untuk pelajar mendapat jangkitan adalah tinggi kerana kelas yang tertutup dan hubungan pelajar dari dekat. Saya tak boleh gambarkan kesan penyakit ini kalau menteri masih dok was-was lagi.

Kita kena dahulukan keselamatan nyawa sebelum benda lain. Kalau nyawa dah melayang benda lain tak de gunanya.

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. cara kerajaan menangani isu H1N1 memang mengecewakan…

    kerajaan cuba mengambarkan ianya tidak serius walaupun sudah berpuluh meningggal dunia…

    kawan saya seorang doktor yg bertugas di sebuah hospital mengatakan bahawa ada pesakit yg sah dijangkiti H1N1 dibiarkan berkeliaran (mungkin terlepas pandang oleh penjaganya) pada waktu malam…

    ini satu kelalaian yg membahayakan org lain…hospital sendiri longgar kawalannya…sebagai doktor beliau sangat kecewa dgn keadaan ini…

    nyawa rakyat mungkin tidak penting pada kerajaan buat masa sekarang…

    rakyat hanya penting semasa pilihanraya sahaja…agaknyalah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0