Gambar di atas adalah mayat Ibrohim yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Indonesia di Temanggung Jawa Tengah. Serengan ini sebenarnya bertujuan menumpaskan Noordin Mat Top tapi beliau tidak dapat ditangkap.
Saya tidak bertujuan mengupas panjang kejadian ini, yang saya pelik dengan masyarakat kita ialah saya mula dengar cerita-cerita pelik mengenai bagaimana Noordin boleh bolos. Cerita-cerita pelik ini mengaitkan beliau dengan ilmu ghaib yang kesemuanya pelik-pelik belaka.
Keadaan ini sekaligus mendedahkan kepada kita bagaimana masyarakat kita mudah mengandaikan sesuatu kjadian dengan sesuatu yang pelik. Noordin boleh ghaib, dia kebal ada ilmu, jampinya dari sipulan-sipulan dan berbagai-bagai lagi.
Pemikiran tahyul seperti ini amat menyenagkan hati pihak yang terlibat. Ini kerana masyarakat yang percaya kepada tahyul hidup dalam dunia sediri dan boleh di tipu dengan mudah. Para pegawai keselamatan akan tersenyum, 10 kali dia bolos lagi baik…hheehe… mungkinkah inilah yang dikatakan kepada rakyat yang otaknya dipenuhi dengan tahyul…dia memelihara hantu….
Masyarakat kita amat kurang mengaitkan kebolosan seseorang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa dengan amalan rasuah. Sebenarnya inilah hantu yang sering mengacau masyarakat dan berkeliaran dimana sahaja. Hantu rasuah juga boleh berkeliaran ketika pihak keselamatan melakukan operasi besar-besaran. Akibat campurtangan hantu rasuah ini, segala operasi akan sia-sia sahaja.
Operasi pihak imigresyen akan tergendala dan segala pesalah akan bolos bila para pegawai melihat hantu rasuah. Hantu rasuah akan mula merasuk para pegawai sebaik sahaja jampi-jampi yang berbentuk dolar atau rm ditaburkan oleh dukun-dukun yang handal itu.
Operasi membenteras dadah juga tidak kurang juga terdedah kepada hantu rasuah. Sebab itu bertahun-tahun dadah diperangi tetapi semakin diperangi maka semakin melonjak perniagaannya. Apabila pegawai-pegawai di rasuk hantu rasuah, mereka akan lupa diri. Walaupun gaji mereka kecil tetapi mereka akan meracau-racau lalu membeli rumah besar dan kereta mewah. Kehidupan mereka akan lebih mewah dan mereka juga akan dihormati dan dianggap berjaya.
Pendek kata hantu rasuah ni memang bahaya dan bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah ni memang ramai. Apa yang sedikit pelik ialah bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah tak suka dikenali orang. Berlainan dengan bomoh yang memuja hantu iblis. Bomoh hantu rasuah lebih suka sendirian. Dan mereka juga suka jika rakyat terus bodoh dan melihat hantu iblis lah yang mengghaibkan orang yang diburu. Dengan kebodohan itu mereka akan terus dapat memuja hantu rasuah yang sentiasa membawa hasil kepada tuannya.
Pandangan anda dihargai
hehehe…. kupasan yang sangat menarik
teima kasih
salam.
setuju ngan ustaz. untuk kes dadah dll. tapi dalam kes noordin saya tak rasa hantu rasuah main peranan.tapi idealogi. mungkin dikalangan pihak berkuasa indonesia ada yang simpati or setuju ngan perjuangan noordin. so dia leak informasi
salam.
setuju ngan ustaz. untuk kes dadah dll. tapi dalam kes noordin saya tak rasa hantu rasuah main peranan.tapi idealogi. mungkin dikalangan pihak berkuasa indonesia ada yang simpati or setuju ngan perjuangan noordin. so dia leak informasi
emm bagus tu, kemungkinn itu kuat….
emm..kemungkinan itu besar…
tapi kemungkinan rasuah lebih tinggi kerana sekuriti polis Indo sememanggnya telah diperkemskan agar ianya tdak diresapi eleman itu