Kumpulan militan Libya yang dikenali sebagai Jamaah Muqatilah telah mengishytiharkan perubahan pendirian terhadap jihad, hisbah dan kafir-mengkafir. Pihak kepimpinan Jamaah Muqatilah ini telah menghantar laporan setebal 417 mukasurat kepada bebarapa orang ulamak terkenal dunia seperti Dr Sulaiman Audah, Dr Qardawi, Dr Raisuni dan Syeikh Muhammad al Syanqiti.
Sehubungan dengan perubahan pendirian dan pandangan mereka, para ulamak yang menjadi rujukan mereka memberi komen positif dan menyifatkan perubahan itu sebagai satu tanda keberanian sejati yang dimiliki oleh Jamaah MUqatilah. Jika sebelum ini mereka berani menghunus senjata dan melancarkan perang demi membela apa yang mereka fahami, tapi kini mereka berani mengakui kesilapan dan mengubah pendirian yang selama ini di perjuangkan.
Perubahan ini amat membanggakan kita sebagaimana bangganya kita dengan pendirian gerakan Jihad Mesir yang telah menarik balik pendirian mereka yang sebelum ini melancarkan serangan bersenjata dalam negara Mesir.
Jika arus kesedaran mula menerangi pemikiran kumpulan bersenjata negara Arab, maka satu persoalan yang bermain di fikiran ialah bilakah lagi arus kesedaran ini akan diterima oleh para gerakan militan Indonesia. Nampaknya para ulamak Indonesia perlu bekerja keras untuk terus berwacana dengan kumpulan ini demi memastikan kestabilan negara itu, tidak ketinggalan juga ialah ulamak Malaysia, kerana jika diabaikan pemikiran radikal akan terus berkembang dan menjadi anutan para pemuda yang perihatin dengan agamanya.