Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih belum dapat bersatu dalam menentukan tarikh memulakan puasa dan berhari raya. Walaupun pada hakikatnya bulan hanya satu, tidak dua dan tidak tiga.
Para ulamak ISlam masih lagi berbincang mengenai kewajaran menyatukan tarikh dua hari penting tersebut. Sebahagiannya bertegas untuk melihat anak bulan dengan mata kepala sendiri kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Sedangkan anak bulan hanyalah satu, umat Islam bergegas melihat anak bulan untuk mengetahui bilakah bermulanya bulan Ramadan. Apakah melihat anak bulan merupakan satu ibadat yang tidak boleh diubah atau ianya hanyalah satu cara sahaja?
Dapat ditanggapi dari perbuatan nabi s.a.w. melihat anak bulan hanyalah suruhan ALlah yang diberikan sekadar kemampuan mereka kerana pengetahuan dan teknologi ketika itu yang terbatas. Apakah perlu meliahat sedangkan kita berada dizaman terciptanya setelit canggih yang mampu melihat dan mengetahui perjalan bulan, matahari dan bumi dengan begitu teliti sekali?
Jawapannya ialah alangkah sukarnya untuk meyakinkan masyarakat dan sebahagian ulamak sendiri bahawa agama terdiri dari dua jenis tuntutan, sebahagiannya boleh berubah apabila berubahnya ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia dan sebahagiannya pula akan kekal disyariatkan hingga ke hari kiamat.
Melihat anak bulan adalah dari jenis tuntutan yang berubah mengikut perkembangan ilmu dan teknologi kerana ianya hanyalah cara untuk sampai kepada sesuatu maklumat, yang penting bukan melihat secara tradisional tetapi apa yang penting ialah mengetahui masuk bulan Ramadan.
Melihat pada zaman ini tidak semestinya dengan mendaki bukit dan mencari tanah lapang, tetapi melihat pada zaman ini ialah dengan menghantar objek ke angkasa, mengetahui pada zaman ini berbentuk mengira perjalanan bulan , matahari dan bumi.
Dengan kefahaman seperti ini terserlahlah kedinamikan agama yang boleh menerima dan menghargai perkembangan teknoloji dan ilmu manusia. Walau apa pun diharapkan semoga puasa kali ini akan mampu mengajar kita sesuatu yang berguna.