- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


HUKUMAN SEBAT KARTIKA TANGGUH

Utusan Malaysia

TAKDIR menentukan apabila hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang, Selangor atas kesalahan meminum arak ditangguhkan.

Penangguhan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus semalam bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Ia dimaklumkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Sharafuddin Zainal Abidin kepada bapa Kartika, Shukarno Mutalib di kediaman mereka di Sungai Siput, Perak.


Wacana Ilmuan:

Beginilah keadaan umat islam hari ini ya, bila ada orang yang nak diaksanakan hukuman sebat kerana minum arak, satu Malaysia riuh rendah, macam-macam pulak yang bagi komen. Tapi orang minum arak takdak pulak yang nak riuh rendah, tengok sebelah mata pulak. Eheh…Nasib baik la penguat kuasa agama Pahang ni buat kerja, ada la yang kena tangkap. Kalau kat KL belambak, mai kita pi Bukit Bintang, nak selori pon boleh, waktu malam la. Jangan pi sekarang, kedai pun tutup lagi pagi-pagi ni.

Sebenarnya yang saya nak sembang hari ni ialah pasal hak Kartika Sari. Memang dia bersalah minum arak dan akan di sebat, dia pun dah tobat, tapi yang saya tertanya-tanya ialah bagaimana hukuman sebat yang akan dilakukan terhadap beliau. Apakah sebat yang akan dibuat tu sebat yang biasa dilaksanakan di penjara?

Sebab yang diamalkan sekarang terlalu keras dan akan menzalimi pesalah. Biasanya sebabtyang biasa dilakukan menuntut untuk pesalah membuka aurat, sebat itu juga akan melukakan pesalah dan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Inilah antara perkara-perkara yang Islam tak bagi masa sebat.

Oleh itu para ulamak meletakkan syarat sebat. Walaupun agak bersalahan pendapat, tetapi berkisar sekitar menjaga supaya hukuman tidak mencederakan pesalah, tidak meninggalkan kesan berpanjangan dan tidak mencerobohi kehormatan mereka seperti mendedahkan aurat. Saya ada jelaskan benda ni dalam buku saya ‘Undang-undang jenayah Islam’.

Sebenarnya masa inilah masa yang paling sesuai bagi umat Islam untuk mendedahkan kelembutan Islam, hukuman sebat yang disuruh oleh Allah jauh lebih rahmat dari sebat yang dijatuhkan oleh undang-undang manusia. Cuma, apabila hati telah kotor maka setiap yang datang dari Allah dianggap merimaskan ….

2 thoughts on “”

  1. sudah terang lagi bersuluh dan benarlah dakwaan orang pas bahawa pemimpin umno tak nak hukum islam .ini gambaran awal.betul kata anta inilah masanya kita berdiskusi cara pelaksanaannya.hukum sudah ada.ana tak rasa hukuman sebat seperti sebat yang digunakan ke atas pesalah jenayah di penjara.jadi persepsi beberapa pemimpin umno adalah berdasarkan hukuman jahiliyah yang digunapakai sekarang.ulamak nak terangkan,tapi buat bodoh sombong.quran kata`موتوا بغيظكم kalau bahasa kasarnya `mampuh mu lah`-nuar kenitra

  2. satu kegagalan juga mungkin kegagalan pihak ulamak dalam memastikan kewujudan mereka, pada ana dalam politik ada give and take, bila pas serang pemimpin umno, ulamak mereka gagal mempertahankan pemimpin, akhirnya pememimpin merasakan ulamak ini tidak boleh membawa apa-apa pada mereka,akhirnya mereka tidak berpengaruh. Dalam PAS, ulamak berpengaruh, mereka ada kepimpinan dan mereka ada pengikut. Pada ana bukan soal nak Islam atau tak nak tapi persoalannya ialah pengaruh. Insyaallah kita akan bincangkan benda ni dan ana rasa pandangan ini agak kontraversi oleh itu ana perlukan komen dari sahabat semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0