- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Kartika Bersalah Najib Merayu

Sehubungan dengan hukuman sebat Kartika ditangguhkan, ada pihak yang mencadangkan beliau membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Yang suruh buat rayuan itu pula ialah orang no 1 Malaysia.

Saya tak tahu atas dasar apa dia suruh kawan tu merayu, kesian ke? Atau dia rasa orang lain minum tapi tak kena hukum, tiba-tiba sorang ni kena pulak. Tidak kurang juga yang menganggap inilah buktinya pemimpin tak mahu melaksanakan hukum Islam.

Hari ni saya tak nak bincang dari sudut politik, soal apakah ini bukti pemimpin menolak hukum Islam itu soalan persepsi terhadap pemimpin. Ulasan itu boleh dilihat dalam blog2 politik. Apa yang saya nak lontarkan disini ialah dari sudut hukum.

Prsoalannya bolehkah seseorang yang dijatuhkan hukuman secara Islam untuk membuat rayuan dan memohon diringankan hukuman. Saya tidak akan mencampur adukkan ulasan ini dengan serangan fahaman politik. Persoalannya ialah dari sudut agama , boleh atau tidak?

Bagi menjawab persoalan ini perlu difahami bahawa hukuman jenayah Islam terbahagi kepada
1-Qisas
2-Hudud
3-Ta’zir

Jenayah yang termasuk dalam katogori Qisas boleh dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa.
Jenayah yang di katogorikan dalam hudud tidak boleh dimaafkan.
Jenayah Ta’zir dibawah bidangkuasa mahkamah.

Setelah kita faham keadaan ini kita perlu brtanya pula. Minum arak termasuk dalam jenayah mana? Jawapannya ialah, minum arak adalah jenayah yang tidak disepakati oleh ulamak, adakah ianya dari jenis hudud atau ta’zir.

Dari hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah dalam kes ini, dapat difahami bahawa undang-undang kita menganggap minum arak adalah ta’zir. Ini kerana hukuman yang dijatuhkan ialah 6 sebatan. Jika hudud maka nas menyatakan 40 sebatan.

Setelah kita faham bahawa pengamalan mahkamah berdasarkan hukum ta’zir maka fahamlah kita bahawa Kartika boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman dan tindakannya tidak dianggap melawan hukum Allah. Kita juga dapat satu jawapan lagi, iaitu orang yang mencadangkan supaya Kartika membuat rayuan tidak boleh ditohmah sebagai menentang hukum Allah.

Akhir sekali saya ingin membuat satu andaian lain. Apa kata skiranya mahkamah menganggap hukuman adalah dari jenis hudud? Jawapannya ialah pertama sekali hukuman katogori hudud adalah tetap dan di ambil secara langsung dari nas. Oleh itu hukumannya ialah 40 kali sebatan.

Saya juga berpendapat, walaupun jika hukuman dianggap hudud, Kartika masih boleh merayu diringankan hukumannya sekiranya hukuman sebat yang dijalankan tidak mengikut prosedur sebat secara Islam. Alasannya ialah hukuman sebat secara tidak Islam adalah hukuman zalim yang tidak dilaksanakan untuk mencapai maqasid atau tujuan pensyariatan hukuman minum arak.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 4
  • 12,737
  • 0