- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar



Datuk Harussani,
TG Haji Hadi dan Ust Rosli

Dipetik dari Malaysiakini:

Datuk Harussani, Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media “sepatutnya 80 kali sebatan”. “Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?” kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan. “Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

“Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

“Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah,” kata presidennya Muhammad Razak Idris. Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

“Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan. “Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula,” katanya kepada Malaysiakini.

Wacana Ilmuan:

Dua nama pertama dalam tajuk di atas adalah nama-nama besar dalam negara kita, tak perlu lagi di terangkan siapa mereka. Sementara nama ketiga pula adalah insan kerdil yang cuba menyelunsuri dunia ilmu dengan serba kekurangan. Apa yang diharapkan ialah percambahan minda yang bermanafaat, guna menyuluh setiap inci langkah yang diatur.

Sebenarnya saya amat tertarik dengan artikel diatas yang saya ambil dari Malaysiakini. Dalam artikel di atas menerangkan apa yang telah saya terangkan dalam entry yang lepas. Hukuman minum arak dikatakan sebagai hukum hudud dan pendapat ini terbahagi dua. Yang mengatakan hukuman 80 sebatan dan yang mengatakan hukumannya ialah 40 sebatan. Pendapat ketiga ialah hukuman 6 sebatan telah menepati undang-undang syariah. Ini bermakna pendapat ketiga menganggap ianya hukuman ta’zir dan bidang kuasa mahkamah adalah luas dalam menjatuhkan hukuman.

Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah metod perlaksanaan undang-undang Islam. Persolaan meninggalkan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ialah persoalan global. Bukan negara kita sahaja yang tidak melaksanakan kewajipan ini, bahkan tiada langsung negara yang mempraktikkan undang2 ini secara menyeluruh.

Dalam ulasan Datuk Harussani dan TG Hj Abd Hadi, mereka menekankan perlaksanaan pandangan menyebat dengan 40 atau 80 sebatan. Bagi mereka jika tidak melaksanakan pandangan ini maka ianya bukan undang2 Islam.

Apa yang saya ingin utarakan ialah betapa perlunya para ulamak dan pendakwah Islam untuk menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan flekible? Ramai yang kurang senang dengan istilah ini. Kadang-kadang ada juga yang mengatakan ‘Islam yang perlu fleksibel atau kita yang perlu fleksibel dengan Islam’.

Apa yang saya maksukan dengan flksibel bukanlah meninggalkan tuntutan agama, tetapi yang dimaksudkan dengan fleksibel ialah cuba menangani masaalah dengan melihat kepada pandangan ulamak yang berbagai. Tujuan berbuat demikian ialah untuk mengetahui ruanglingkup masaalah apakah ianya dari jenis yang disepakati atau tidak.

Kita berada di zaman undang-undang jenayah Islam telah dipinggirkan oleh masyarakat Islam dunia, suruhan ini bukan dipinggirkan hari ini atau kelmarin tetapi telah ditinggalkan puluhan malah ratusan tahun yang lampau.

Langkah yang sepatutnya diambil bukanlah berbentuk menegakkan pandangan mazhab tertentu, tetapi lebih kepada menyeru supaya pengamalannya menyamai dengan salah satu pandangan ulamak Islam.

Dalam kes undang-undang sebat pesalah minum arak, saya berharap benar agar para ulamak mengakui hukuman yang telah dijatuhkan kerana ianya telah menyamai salah satu dari pandangan ulamak Islam. Skarang ini bukan masanya untuk kita berkeras untuk menggunakan mazhab Syafie misalnya, tetapi lebih kepada menyeru kearah pengamalan agama walau dalam mazhab mana senkalipun asalkan ianya trmasuk dalam pandanga ahli sunnah waljamaah.

Sebenarnya saya pun kurang faham mengapa dalam undang-undang jenayah ulamak Malaysia agak keberatan untuk mengikut metod ini sedangkan metod ini telah pun digunakan dalam bidang Muamalat. Lihat saja sistem perbankan Islam, banyak pendapat bukan syafie digunakan, tiada apa yang dibisingkan.

Apa yang saya bimbangkan ialah tuntutan yang terlalu jauh daripada undang-undang sedia ada akan membuatkan ianya akan ditolak mentah-mentah oleh masyarakat. Dan saya rasa inilah sebabnya saranan perlaksanaan undang-undang Islam ditolak oleh kerajaan dan masyarakat. Contoh yang paling jelas ialah hukum bunuh bagi orang murtad. Sebenarnya kita boleh memberikan alternatif lain kerana hukum bunuh orang murtad sendiri tidak dispakati oleh ulamak Islam. Mengapa kita menuntut hukuman yang paling maksima?

Sebenarnya saya amat bimbang jika tuntutan yang maksima ini mempunyai tujuan politik. Bagaimanaianya boleh berlaku? Ya, ianya boleh berlaku sekiranya pihak parti pembangkang menuntut hukuman bunuh orang murtad, memang dari segi realitinya kerajaan tidak akan menerimanya sama sekali, jika kita menuntut hukuman penjara atau kaunseling maka ianya mungkin akan dipenuhi.

Oleh itu amat dibimbangi jika kita sengaja menuntut hukuman bunuh bukan untuk ianya dilaksanakan. Sebaliknya supaya ianya boleh tetap kekal menjadi isu bahawa kerajaan tidak mahu melaksanakan Islam. Dengan itu kita berharap untuk mendapat keuntungn sokongan masyarakat yang perihatin dengan perlaksanaan Islam. Inilah yang saya amat bimbangkan jika berlaku dalam saf gerakan Islam, terutamanya yang bergerak diatas jalur politik. Jika ini berlaku ‘wanauzubillah’ maka agama pada ktika itu bukan lagi tujuan tetapi hanya lebih sebagai tunggangan.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 0
  • 2
  • 13,382
  • 0