Ogos 31, 09 6:55pm
Malaysiakini
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini – bagi menggantikan RON92 – dijual pada harga RM1.80 seliter.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Pandangan anda dihargai
Wacana Ilmuan:
Biasanya jika ada kenaikan harga minyak, maka akan berlakulah perkara berikut:
1- Ada menteri yang akan membandingkan harga minyak negara ini dengan negara lain.
Hakikatnya mereka mengaburi mata rakyat kerana negara2 spt UK mempunyai matawang tinggi dan pendapatan rakyatnya berkali ganda lebih tinggi dari M’sia.
2-Ada ‘pakar-pakar’ yang akan memberi tip-tip penjimatan petrol.
Hakikatnya tip-tip itulah juga yg telah diberikan semasa kenaikan petrol lepas. Tip2 pula banyak yang menggelikan hati seperti jangan pasang aircond dll.
3-Ramai orang berpusu2 ke stesyen minyak.
Haikatnya mereka akan menjimatkan minyak untuk 1 tangki sahaja dan minyak akan naik bertahun-tahun. Perbuatan ini tak ubah seperti memilih wakil rakyat tertentu kerana semata-mata dia memberi duit RM50 sedangkan dia akan berkuasa 5 tahun dan mengabaikan banyak kepentingan rakyat dalam masa tersebut.
4-Akan ada menteri yang akan bagi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan haga barang.
Pada hakikatnya menteri itu sendiri menaikkan harga barang yang dijualnya kerana menteri sekarang semuanya ada buat part time belaka.
5-Kenaikan harga barang yang bertubi-tubi dengan alasan kos meningkat
Bila ditanya tentang hakikatnya maka peniaga akan berkata terima sajalah ianya sebagai satu hakikat.