- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


NATO Mengganas !!!

Pertubuhan NATO (North Atlantic Treaty Organization) telah dibentuk pada tahun 1949 bagi melindungi negara-negara Eropah Barat dari serangan Soviet Union dalam era perang dingin. Perjanjian penubuhannya telah ditandatangani di Washinton pada tahun yang sama. Negara-negara anggota telah sepakat menjadikat ibu negara Belgium sebagai pusat pentadbirannya.

Sehingga kini NATO telah dianggotai oleh 28 buah negara. Negara-negara tersebut ialah Albania, Belgim, Bulgaria, Kanada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugis, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Turki, United Kingdom, Amerika.

Turki adalah satu-satunya negara Islam dalam pertubuhan tersebut. Setelah era perang dingin berakhir, NATO mula berkonflik dengan negara Islam. NATO telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dalam konflik Bosnia bila melengah-lengahkan campurtangannya ketika tentera Serb mengganas dan membunuh orang Islam Bosnia. Apabila berlakunya kemasukan tentera mujahidin Arab bagi menyelamatkan rakyat Bosnia, NATO mengishtiharkan gencatan senjata.

NATO juga mula mengambil alih usaha-usaha penjajahan negara Afghanistan pada tahun 2003. Semenjak itu tentera NATO mula menggempur umat Islam Afghanistan dengan berbagai senjata canggih.

Terbaru, tentera NATO telah melancarkan serangan di wilayah Kunduz menyebabkan kematian 100 orang rakyat Islam Afghanistan yang tidak berdosa. Mereka berada di negara mereka, tiba-tiba tentera asing yang mencanangkan keadilan datang dengan segala macam peralatan ketenteraan mengebom mereka.

Inilah antara contoh keganasan NATO yang telah dilakukan kepada umat Islam Afghanistan pada 4/9/09.

2 thoughts on “”

  1. ana tertanya-tanya kenapa yahudi di pelastin dan nato di afghanistan memilih ramadhan untuk menyerang orang islam?setiap ramadhan….la haula wala quwwata illa billah.allahumma rudda kaidahum ala nuhurihim.-nuar kenitra

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 7
  • 0
  • 12,808
  • 0