Hidup dalam negara Islam adalah satu nikmat yang amat besar bagi umat Islam. Ini kerana akidah dan ibadat umat Islam akan dilindungi oleh negara yang mempunyai institusi berkuasa terhadap sebarang penyelewengan dan membendung kesesatan. Amalan ibadat asas dalam Islam juga turut di beri perhatian oleh negara.
Malangnya sebahagian umat Islam terpaksa hidup di dalam negara bukan Islam. Keadaan ini merupakan pengecualian dan bukan keadaan asal. Dalam ertikata lain umat Islam tidak dibenarkan untuk menetap dan mendapat kerakyatan negara2 bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Tindakan tersebut berada dibawah hukum rukhsah bagi yang terpaksa.
Salah satu masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara bukn Islam ialah solat Jumaat. Ramai umat Islam yang bertahun-tahun tidak menunaikan solat Jumaat kerana ketiadaan masjid. Lebih malang lagi sekiranya tujuan mereka berada disana bukan kerana sebab yang perlu seperti belajar atau mencari perlindungan. Ramai yang mengalami situasi ini hanya kerana bekerja. Mereka inginkan gaji yang lebih banyak walaupun terpaksa hidup dibawah penguasaan negara kafir. Akibatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam yang tidak pandai bersyahadah.
Pada hakikatnya mengerjakan solat Jumaat tidaklah terlalu sukar, jika penyelesaian yang diberikan tidak terikat dengan mazhab tertentu, sebaliknya melihat kepada dlil dan kesesuaian keadaan. Persoalan pertama tentang solat Jumaat ialah bilangan jemaah tidak sampai 40 orang. Masaalah kedua ialah bolehkah sembahyang Jumaat didirikan bukan di Masjid.
Setelah sya meneliti tentang bilngan 40, saya dapati tidak ada hujjah yang benar2 terang dalam mewajibkan 40 orang jemaah, kerana itulah ulamak bersalahan pendapat sehingga ada yang mengatakan ianya berlaku dengan seorang imam dan seorang makmum. Saya tidak bercadang untuk membincangkan secara teperinci kerana ianya boleh dirujuk pada kitab2 berkenaan.
Apa yang saya mahu jelaskan ialah, adalah tidak tepat jika kita mengabaikan tuntutan solat Jumaat yang bersifat qatie hanya kerana tidak memenuhi syarat yang dibina diatas dasar zanni. Tambahan pula jika ianya melibatkan peningalan yang berterusan. Oleh itu, sepatutnya orang Islam luar negeri boleh mendirikan solat Jumaat selagi mana mereka boleh berjemaah.
Satu persoalan lagi ialah bolehkah mereka mengerjakan solat Jumaat bukan di masjid? Bagi menyelesaikan masaalah ini Dr Wahbah Zuhaili mencadangkan agar umat Islam di negara bukan Islam agar terus melakukan solat Jumaat walaupun bukan di kawasan masjid yang khusus.Bagi tidak memanjangkan entry ini rasanya cukup sekadar itu saja jawapan saya tentang solat Jumaat di negara bukan Islam.
Salam ustaz..
syukron jazilan atas penerangan ustaz..
barakallahu fikum, harap dapat bertukar fikiran insyaallah