- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Belajar Bahasa Arab (1)

Seorang kawan bertanyakan saya melalui sms, macam mana nak belajar cakap Arab? Saya katakan, nanti saya jawab dalam blog. Sebenarnya beberapa panduan belajar bahasa telah saya tulis dalam blog ni.

Ok, sebelum kita belajar sesuatu, kita perlu buat objektifnya dahulu. Ada berbagi tujuan apabila seseorang ingin belajar bahasa. Ada yang belajar kerana mahu faham quran, ada yang belajar kerana ada business di negara Arab. Tidak kurang juga yang belajar sebagai hobi saja. Satu objektif yang tak perlu ialah bila seseorang belajar bahasa Arab sebab nak jawab soalan mukar nakir dalam kubur.

Ekek…tak payah amal soleh pakai bahasa Arab power boleh lepas…kalau macam tu semua orang Arab boleh masyuk syurga…tapi kena ingat…kalau dalam syurga cakap Arab pastu dalam neraka cakap apa?? Takan bahasa Melayu kot?! Setakat yang saya tahu, tak ada dalil tentang dalam syurga cakap Arab, yang penting dapat masuk, cakap bahasa apa tu saya tak pentingkan sangat.

Kawan yang bertanya ni pula bukan dalam jurusan agama, saya kurang pasti jurusan apa, kalau tak silap komputer progremer. Dia juga bekerja di Malaysia. Saya faham benar dengan keperluanya. Apa yang saya dapat tanggapi ialah keperluannya disekitar kefahaman agama dan quran sahaja.

Bila kita sudah tahu apakah objektifnya maka kita mula mengatur strategi. Bagi yang bujang strategi paling mudah belajar bahasa Arab ialah kawn dengan orang Arab, tapi malangnya kawan saya ini telah berkahwin. Strategi itu tidak boleh digunakan lagi.
bersambung…

Pandangan anda dihargai

3 thoughts on “”

  1. Bagi saya, atas dasar atau niat apa untuk mempelajari Bahasa atau ilmu amat penting.

    Saya sendiri, teringin sangat hendak mempelajari Bahasa Arab, atas niat supaya bacaan saya dan pemahaman saya semasa beribadah dan membaca Al-Quran dapat dipertingkatkan. Niat untuk membaiki keadaan diri.

    Untuk Student pun Ustaz, bukan senang. Ada "Social Barrier" antara kaum. Bak kata Melayu duk ngan Melayu, Arab dengan Arab, and so on. Takde median nak mendapatkan perantaraan yang sesuai. Kene belajar Bahasa Arab baru boleh Komunikasi dengan orang Arab. Satu tahu bahasa Arab satu tahu bahasa Melayu, dua-dua tak paham. Nak cakap Inggeris pun dua-dua "kong". Saya kadang-kadang terkilan jugak tengok Student-student Arab buat Tazkirah antara diaorang sahaja, Melayu dengan Melayu Sahaja. Mana tali persaudaraan?

    Saya sekadar beri ucapan Assalamualaikum, lepas tu beredar. Apa lagi nak dikatakan?

    Macam lari topik saya ni, tetapi itulah anggapan saya. Harap maaf kalau silap kata.

  2. assalamualaikum ayahanda..hehehe..saya nak balas komen pasal bahasa arab ni..sebenarnya,pengajian bahasa arab yang paling mudah ialah melalui pengajian al-Quran..kerana itu ada kata-kata hukama' bahawa bahasa arab itu bahasa al-Quran..saya pun merupakan student..dan telah bekerja..saya sentiasa mempelajari walaupun salah..saya xde rase malu pon..biarlah kawan-kawan gelak atau ape saje..tapi, saya mencabar adakah mereka berani bercakap, berbahas dengan orang-orang lua, meskipun nigeria, Arab sendiri?..ini adalah melalui pengalaman saya sendiri..bila berhadapan dengan orang-orang dari Pakistan, Palestin, Bosnia dan sebagainya..tiada kesukaran dalam mempelajari bahasa arab..terus terang saya cakap, cmne kita cakap melayu, macam tula kita cakap Arab..bahkan lagi simple..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 4
  • 12,737
  • 0