- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sedikit Teguran

BULETIN الحضارة~*BIL:64/Ramadhan 1430

A L – H A D H A R A H
…Nabi Muhammad adalah keturunan bangsawan Quraisy, qabilah yang dihormati dan kebanyakannya adalah `ahli parlimen Mekah` ketika itu (Darul Nadwah). Tidak hairanlah Nabi saw telah ditawarkan oleh pihak kerajaan musyrikeen Mekah melalui `Speaker Parlimen` atau orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Mekah untuk menjadi Raja atau `Prime Minister` tetapi Junjungan Rasul menolaknya dengan hujah atau alasan yang begitu popular yang kita selalu dengarnya “Jika sekiranya matahari diletakkan di sebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan akan perkara ini (perjuangan Islam) nescaya tidak akan aku meninggalkannya”

Kenapa Rasul saw menolaknya…adakah ketika itu Nabi saw tak tahu bersiasah atau berpolitik ? Ini satu persoalan yang para ulama` muhkhlisin kena bincangkan semula. Saya bukanlah seorang ulama`, tetapi sementara menunggu para ulama` bangun dari bilik peraduan atau menungan masing-masing saya lontar sajalah untuk perbincangan saudara ummah semua. Jika salah-silap kat mana-mana pun tanggungjawab mereka yang berilmulah untuk memperbetulkan ummah termasuk saya.

Jika ikut logik pemikiran aliran tempurung demokrasi, seperti kebanyakan mereka yang berjuang Islam melalui pilihanraya, inilah peluang keemasan untuk Nabi berdakwah dalam Parlimen an-Nadwah. Seperti PAS hari ini beria-ia benar nak masuk parlimen untuk berdakwah dalam parlimen sampai seolah-olah tak nampak dah laluan lain. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka yakin bila PAS dapat menguasai majoriti 2/3 kata orang sekarang, maka akan dapatlah Negara Islam `impian PAS` itu terlaksana. Mudah-mudahan PAS tak bermimpi di siang hari…Yang jelas Nabi Muhammad saw menolak cara berfikir dan bertindak sebegitu bagi menegakkan sebuah Daulah atau Hadharah Islamiyyah yang bersifat negara...
http://sanaabel.blogspot.com/

Wacana Ilmuan:

Kata-kata saudara di atas amat menarik perhatian saya. Ini kerana saudara mengaku bukan seorang ulamak tetapi cuba mengupas satu persoalan besar dalam agama.

Adalah tidak adil jika saudara mengupas satu perkara sensitif agama hanya atas alasan para ulamak tidak berbuat demikian. Sebenarnya tuduhan tersebut adalah satu yang tidak benar terhadap ulamak kerana berbagai usaha dakwah telah dilakukan, jika dikatakan ianya perlu ditingkatkan maka ianya lebih tepat.

Tindakan seorang yang bukan ulamak tetapi cuba mengupas isu-isu agama adalah satu percubaan yang membahayakan diri saudara dan masyarakat.

Bahaya pertama berlaku apabila saudara terdedah kepada kesilapan-kesilapan yang besar yang tidak sepatutnya dilakukan sewaktu mengupas isu penting. Memang seseorang mujtahid bila berijtihad dikira mendapat pahala walaupun mereka tersilap, tapi jika yang tersalah ialah seseorang yang mencerobohi ruang yang tidak dikuasainya maka ianya bukan kesalahan yang dimaafkan.

Bahaya kedua pula dipikul oleh masyrakat apabila orang yang jahil tentang perkara ugama cuba mengupas isu-isu agama dan menganalisa sesuatu polemik dengan berbekalkan semangat yang menyala-nya tapi tidak disuluh dengan kaedah dan panduan analisa yang ada dalam syariah.

Pengakuan saudara bahawa saudara bukanlah seorang yang ahli dalam agama memang dapat saya tanggapi apabila saudara tidk dapat memahami mengapa nabi Muhammad s.a.w menolak kuasa yang diberikan oleh orang-orang Quraish.

Dari tulisan saudara, saya dapat fahami bahawa saudara tidak dapat membezakan antara kerajaan Quraish dan kerajaan sekarang. Mungkin tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa saudara terkeliru lalu membuat keputusan bahawa kerajaan sekarang sama kufurnya dengan kerajaan Quraish.

Bagaimana boleh disamakan kerajaan Quraish yang menolak asas-asas tauhid, menolak keimanan kepada Allah dan rasulnya dengan kerajaan umat Islam yang mengamalkan demokrasi.

Saudara, perbuatan mengkufurkan seseorang dan kumpulan memerlukan pertimbangan yang tidak semudah menghirup segelas kopi bersama kawan-kawan. Ianya satu amanah yang memerlukan kepandaian, ilmu, kajian dan pengkhususan. Tindakan mengkafirkan atau menyesatkan ini adalah satu gelombang yang telah dilalui oleh gerakan Islam dan menjadi sejarah yang perlu dijadikan iktibar.

Dr Yusuf Qardawi yang saudara petik kata-katanya menolak perbuatan mengkufurkan orang-orang yang mengaku Islam secara mudah. Beliau juga telah menyataan bahawa jika ianya dilakukan oleh gerakan Islam suatu ketika dulu, maka kesalahan itu tidak perlu diulangi.

Yusuf Qardawi menjelaskan dengan panjang lebar dalam kitabnya Fatawa Muasirah bahwa Ahlu Sunnah wal Jamaah tidak mengkafirkan golongan orang yang mengaku Islam.

Yusuf Qardawi juga telah menyatakan bahawa tindakan Sayed Qutub yang mengkafirkan pemerintah zalim dizamannya perlu diperbetulkan.

Saudara, jika saudara diawal tulisan telah mengaku bukan seorang yang arif,maka tinggalkanlah perkra ini untuk ditangani oleh ulamak yang berkemampuan. Buatlah kerja-kerja yang diyakini berada dalam bidang saudara mudah-mudahan sumbangan membangunkan Islam itu akan menjadi satu amal soleh yang diterima oleh Allah, Amin.

Pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

  1. aisey ustaz komen pasal peribadi dia lak yang tak ulamak (mungkin dai tawaduk kot. kan elok ustaz bubuh kat sini hujah-hujah yang boleh mengatakan bahawa pendapat bahawa nabi tolak tawaran jadi pemimpin kerana nak laksana kan Islam tak sama ngan pas yang beria2 jadi pemimpin pasal nak laksanakan islam. tengok apa jadi kat selangor? dulu kalau isu agama ni orang pas lah yang paling vokal, sekarang? walaupun kita cakap "orang umno yang bising ni pasal politik" " dulu tak nak bising, sekarang je lebih-lebih" tapi mana suara pas? nak kena mintak izin da dulu ke?

  2. mungkin juga dia tawduk rasanya ..tapi sampai tak pandai nak bezakan antara kerajaan Quraish dengan kerajaan Malaysia itu rasanya bukan tawaduk, mana mungkin kita menyamakan negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, membenarkan syiar Islam utama diamalkan dan berpemimpinkan orang Islam tiba-tiba disamakan dengan Quraish yang menolak nabi sebagai rasul,Islam sebagai agama dan sebagainya, kepincangan sistem pemerintahan ada tahapnya dan ana rasa ianya terlalu basic, insyaallah ana akan ulas lebih panjang dan bincangkannya,tq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 7
  • 13,907
  • 0