Sehingga kini media Malaysia dan Indonesia masih memainkan isu tarian Pandet dan keberangan beberapa kerat rakyat Indonesia. Berbagai ulasan dan pandanan. Saya ada merewang kedalam blog rakyat dari kedua-dua negara, nampaknya isu ini tidak seremeh yang sya sangkakan.
Ramailah manusia yang mula emosi dan memabangkitkan kemarahan, makian, cerita-cerita keburukan satu sama lain. Tidak ubah peristiwa ini persis pergadauhan antara kabilah Aus dan Khazraj di zaman nabi. Fitnah itu ditimbukan oleh kaum munafik yang bertujuan melumpuhkan kesatuan saf Islam yang bersatu.
Jika sekiranya Rasulullah bertindak menyelesaikan masaalah mereka dengan mengembalikan semanga persaudaraan, maka mana pula pewaris rasul yang meneruskan kerja-kerja baginda. Sehingga kini saya masih menanti-nanti media menyiarkan tajuk utama memuatkan kenyataan bernas dari tokoh agama.
Rakyat kedua-dua negara masih subur semangat agamanya, bintang dan pangkat kebesaran bukan sesuatu yang boleh menusuk kedalam hati-hati mereka, tapi sepotong nasihat dari ulamak akan menyapu bersih debu-debu jahiliah yang menutupi cahaya ukhuwah iman.
Yang amat membimbangkan ialah pihak ulamak kurang sensitif dalam menangani masaalah seperti ini, atau dalam takbir yang lebih kasar ialah para ulamak masih terpenjara dengan beberapa isu biasa seperti taharah, haid dan nifas. Isu persaudaraan Islam menjadi maalah yang kurang menarik pula untuk di selesaikan.
Pandangan anda dihargai