- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Nyawa Muslimin Terlalu Murah

Deretan mayat di atas adalah merupakan mangsa serangan udara tentera Amerika ke atas bandar Muqdisho, Somalia. Amerika yang mengamalkan demokrasi dalam negara mereka tiba-tiba begitu bengis dengan orang-orang Islam seluruh dunia. Mereka juga sengaja menunggu-nunggu detik umat Islam seluruh dunia hampir menyambut hariraya.

Melihatkan barisan mayat di atas teringat saya kepada satu ayat quran yang mendedahkan satu hukum alam. Hukum alam yang akan tetap berlaku di sepanjang zaman dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir bila mereka menguasai kamu, mereka akan membunuh kamu atau memurtadkan kamu, pada waktu itu kamu tidak akan berjaya lagi.

Ketika kita membaca sejarah, seringkali kita menyangka keganasan orang kafir terhadap orang Islam hanya berlaku dikurun-kurun terdahulu yang dipenuhi dengan kejahilan,. Rupanya sunnah alam yang Allah jelaskan dalam kitabnya adalah panduan buat manusia di sepanjang zaman. Firman Allah bermaksud: Kamu tidak akan dapati pada sunnah Allah sebarang perubahan.

Oleh itu wahai mislimin sedarlah dan hayatilah sunnah alam itu.

Pandangan anda dihargai

3 thoughts on “”

  1. Nafsu dah terpaut kuat dalam hati Ummah. Nationalisme bangkitan orang kafir telah menarik jatuh keutamaan Islam dalam Ummah. Kita lebih rela mati mempertahankan hak dunia dari hak Allah.

    Apa yang kita memerlukan ialah seseorang Amir Al-Mukminin yang berkeperibadian Zuhud dan bersifat mulia, bertakwa/bersikap qanaah dan affaf dan bertanggungjawab atas kewajipan dia sebagai Ulil Amri terhadap hak rakyat. Satu ungkapan tepat mengatakan " Bagaimana keadaan kamu, seperti itulah kamu dipimpin".

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 7
  • 13,907
  • 0