- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Noordin Mat Top: Kematian Yang Menyedihkan

Sebenarnya saya mula mendengar kematian Noordin Mat Top melalui radio 24. Ketika itu saya sedang keluar dari KL menuju Terengganu. Saya sebenarnya baru saja terfikir dengan nasib orang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia itu. Terus terang saya katakan kematiannya amat menyedihkan saya. Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapakah anada sedih dengan kematiannya? Bukankah dia seorang pengganas? Ada pula yang akan berkata: Ya memang menyedihkan dia adalah seorang pejuanag.

Pada hakikatnya kematian dan pembunuhan Noordin Mat Top menedihkan saya kerana dua faktor pertama:

Pertama:Kerana pihak berkuasa Indonesia hanya menggunakan cara kekerasan untuk menangani isu ekstrimis disana. Mereka tidak diberi langsung peluang untuk bertaubat atau dipulihkan. Sepatutnya kerajaan Indonesia mengeluarkan tawaran bertaubat untuk beliau dan orang-orang seperti beliau kembali kepangkuan masyarakat.

Fenomena pelampau mudah berlaku dalam suasana ketidak adilan yang sememangnya jelas kelihatan. Lihat bagaimana dalam entry lepas saya memaparkan mangsa serangan Amerika di Somalia. Ketika umat Islam dibunuh dan dihina, seluruh isi dunia senyap memerhatikannya dengan jiwa yang beku. Akibatnya ada segelintir anak muda yang bangkit menyatakan kemarahan mereka dengan jalan serupa.

Sepatutnya orang-orang seperti ini perlu diajak berunding dan dipulihkan bukan diburu dan dibunuh. Lagipun setakat mana mampu orang-orang ini diburu? Noordin saja berjaya menyelinap selama 9 tahun. Pastikah pihak berkuasa bahawa selepas ini tidak ada Noordin lain yang akan muncul? Persoalan keganasan ialah persoalan kefahaman maka ianya perlu dihadapi dengan kefahaman juga.

Kedua:Saya juga sedih kerana ramai orang yang mencintai Islam dan ingin menyumbang kepada agama ini, tapi kebanyakan mereka jahil tentang hakikat agama tercinta ini. Ramai yang menyangka apabila mereka menyumbang, maka tanggungjawab mereka akan selesai disisi Allah. Mereka tidak memperuntukkan masa memahami isi tuntutan agama.

Golongan ekstrimis kebanyakannya mempunyai niat yang ikhlas untuk membela Islam. Tapi sayangnya kebanyakan mereka tidak berilmu. Mereka menyangka perbuatan mereka itu adalah perjuangan yang disuruh oleh Islam sedangkan hakikatnya sebaliknya.

Golongan ini kebanyakannya lahir dari tanggapan mereka yang salah tentang hakikat negara Islam, pemerintahan dan sistem pentadbiran Islam. Kebanyakannya menganggap kerajaan sekarang adalah kufur dan sistem yang menguasai mereka adalah sistem kufur yang menyerupai kerajaan Quraish yang menentang nabi s.a.w.

Ajaran yang ekstrim timbul dengan mengkafirkan pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Islam walaupun pemerintah itu mengaku beragama Islam. Mereka mengkafirkan kumpulan nasionalis dan menyesatkan mereka. Sebenarnya semangat mereka untuk menegakkan Islam amat mulia, tapi bila dicampurkan dengan kejahilan telah membawa perjuangan mereka kearah yang memecahbelahkan umat Islam.

Alangkah perlunya umat Islam kepada kebangkitan ulamak yang menerangkan keadaan sebenar. Ulamak yang saya maksudkan disini ialah ulamak yang menggunakan manhaj wasatiah, golongan sederhana yang tidak mengejar pangkat, kedudukan, pengaruh, harta dan pujian. Telah sekian lama aliran-aliran yang tidak bertanggungjawab telah menarik keperihatinan umat ini bersimpati dengan mereka, lalu akhirnya umat ini telah dipergunakan atas nama agama, atas nama menegakkan negara Islam, atas nama sunnah dan atas nama kecintaan kepada Rasul, sedangkan terselindung disebaliknya tujuan peribadi yang menggunung…ya Allah rahmatilah umat ini …ya Allah pimpinlah kami dalam kemelut ini…Amin ya Rabbal Alamin.

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. ni saya dapat dari blog aduka taruna. bahasa memang kasar tapi nampak dari sudut lain:
    Noordin Mat Top.
    Terbaru kita diberitakan kematian Noordin, seorang ketua militan Islam yang sangat genius, terancang dan berpengaruh. Yang membezakan jemaah Norordin dengan jemaah yang ada di Malaysia ialah wadah yang dipilihnya.

    PAS berdaftar di bawah perlembagaan negara untuk memperjuangkan Islam melalui undi. Al-Arqam berdaftar sebagai entiti ekonomi sebelum bertukar fokus kepada memiliki kuasa negara melalui pendaftaran ahli. Teorinya, apabila majority Malaysia adalah ahli Al-Arqam, maka, tertakluklah Malaysia di bawah kekuasan mereka.
    Level-level militan Islam (level I).
    Masuk bab wadah militan, gua tak nak bincang benar atau salah wadah militan dalam negara macam Indonesia. Ada pendapat yang mengatakan walau kerajaan tu zalim tahap Abang Derih Bagan Pinang yang melewat-lewatkan hajat gua nak kencing, tapi selagi azan dan solat masih berlaku dengan luas, selagi itulah wadah militan tidak diperlukan.

    Tapi gua nak jelaskan kat lu level-level militan Islam. Yang ni lu takan jumpa dalam mana-mana ulama Melayu punya. Lu ludah jer muka diorang sebab benda alah ni dalam kategori berfikir, bukan berhafal. Keldai yang bawa kitab apa yang diorang tahu bhai…. poligami tahu la.

    Jemaah Noordin Mat Top ialah militan yang mensasarkan kepentingan barat. Tak berapa tepat sebut kepentingan barat. Tapi kepentingan pihak musuh Islam. Dia ada sedikit berbeza dengan hasil kerja pejuang sebegini dengan hasil kerja CIA untuk mendamagekan imej Islam atau sebahagian kerja-kerja propaganda mereka.

    Noordin Mat Top tidak akan meletupkan stesen keretapi walau stesen itu dipenuhi oleh warga US. Ini level mereka. Gua bagi nama level I. Tahap paling bawah. Noordin Mat Top tidak akan meletupkan gereja, walau gereja itu dipenuhi warga Britain. Noordin Mat Top terlalu mestahil meletupkan lembu dan mencampakkan kepalanya ke kedutaan India.

    Sasaran yang dipilih oleh jemaah level I ialah :

    A. Perniagaan musuh Islam yang menyedut hasil bumi Islam. Katakan ada satu syarikat minyak US yang mengawal minyak Indonesia. Kepentingan ini adalah termasuk dalam sasaran jemaah level I, cuma kemampuan level I belum berupaya meletupkan bangunan syarikat (bukan yang bebas dimasuki awam)

    B. Tempat perjumpaan musuh-musuh Islam. Hotel Yang diletupkan Noordin Mat Top adalah tempat perjumpaan kapitalis US, perjumpaan ketua-ketua negara musuh Islam, lambang kemegahan US. Dan ianya bebas dimasuki orang awam. Bermakna berada dalam kemampuan jemaah level I, dan berada dalam sasaran jemaah level I.

    C. Tempat maksiat musuh Islam. Jemaah level I tidak akan meletupkan kenduri atau majlis keluarga warganegara musuh Islam. Tetapi kelab malam yang dipenuhi warganegara musuh Islam adalah sasaran mereka. Dan apabila kelab malam adalah bebas dimasuki orang awam, maka ia terletak dalam kemampuan jemaah level I.

  2. sambungan …
    Level-level militan Islam (level II).

    Up semata dari level I ialah level II. Jemaah ini memiliki kemampuan yang lebih. Kepentingan musuh Islam yang tertutup kepada awam juga boleh dimusnahkan jemaah ini.

    A. Jemaah boleh memusnahkan kedutaan.
    B. Jemaah boleh memusnahkan aset syarikat musuh Islam.
    C. Jemaah boleh memusnahkan peralatan ketenteraan musuh Islam.

    Cuma ada beza penting jemaah level I macam Noordin Mat Top dengan jemaah level II macam Taliban.

    Jemaah level I tidak mensasarkan polis atau tentera negara yang memburunya. Walau itulah halangan utama kepada misi mereka memusnahkan kepentingan negara musuh Islam. Tetapi jemaah level II sehingga memusnahkan segala bentuk halangan kebonekaan negara musuh Islam.

    Jemaah level I tidak akan mengebom pendaftaran polis baru, sama ada mampu atau tidak; tetapi tidak kepada jemaah level II.

    Jemaah level I tidak akan meletupkan balai polis atau menembak tepat ketua polis yang berpaksi CIA, sama ada mampu atau tidak; tetapi tidak kepada jemaah level II.

    Faktor pembentukan jemaah level I atau II.

    Ada banyak pembolehubah yang membentuk sama ada jemaah itu level I atau level II. Tetapi paling asas ialah majority rakyat dalam negara itu yang simpati dan terjun ke dalam falsafah perjuangan mereka.

    Itu pembolehubah utamalah. Walau Indonesia tidak bersempadan dengan Russia seperti Afghanistan, tetapi seandainya terlalu ramai rakyatnya terjun ke dalam perjuangan seperti itu, ianya berupaya menjadi jemaah level II dalam wadah militan. Contoh terekat ialah Acheh.

    Acheh adalah satu negara yang memiliki terlalu ramai, malah hampir kesemuanya menyokong wadah militan dalam menegakkan Islam. Jemaah level 1 tidak akan berperang dengan polis dan tentera, tetapi tidak kepada Acheh. Mereka berperang secara terbuka dengan tentera Indonesia dalam tempoh yang lama.

    Adakah Acheh bersebelahan dengan Russia atau US yang membekalkan senjata? Tidak. Tetapi kerana perjuangan wadah itu telah menjadi perjuangan rakyat, sekarang mereka sudah berjaya.

    Jangan tanya ulama Melayu kerana ulama Melayu adalah spesis bodoh dalam bodoh. Kalau Aceh guna Falsafah Kepimpinan Ulama dalam wadah mereka, memang mereka akan bangang dua kali lima dengan PAS. Kalau Hamas berpresiden Kepimpinan Ulama, pun mereka jadi bangang dan tak tentu arah macam PAS.

    PAS mahu memertabatkan Islam, tetapi apabila sampai ditangan Melayu, mereka mencipta satu falsafah tahap paling celaka dalam muka bumi. Setaraf falsafah kesultanan dan kerajaan turun-temurun.

    Kesimpulannya, ulama2 dalam PAS yang tidak membetulkan segala kecelakaan / kesesatan hasil otak2 mereka, akan kekal dalam keadaan celaka.
    http://adukataruna.blogspot.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0