- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Gempa di Indonesia, Ribut di Malaysia

Remaja Perempuan Maut, Enam Jajahan Dilanda Ribut Luar Biasa

KOTA BAHARU, 30 Sept (Bernama) — Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok manakala ratusan rumah rosak teruk akibat angin kencang langkisau melanda lapan jajahan di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu, yang merupakan kawasan berdekatan kawasan pantai pada Rabu.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi, kejadian ribut petir berserta angin kencang itu disebabkan oleh angin langkisau, iaitu angin keras dan tidak menentu haluan berkelajuan sehingga 50 kmsj yang bermula dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Dalam kejadian hampir sejam itu, puluhan kereta rosak dan kemek akibat dahan pokok yang patah, sementara barangan ringan berterbangan termasuk kerusi dan tong sampah serta papan tanda jalan runtuh di sekitar bandar Kota Baharu, Pengkalan Kubor, Pasir Puteh, Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.

Di Terengganu beratus rumah dan pejabat kerajaan di daerah Besut rosak akibat ribut dan angin kencang itu, termasuk 120 rumah di 35 kampung di Kuala Besut dan 150 rumah di 32 kampung serta pejabat kerajaan di Kota Putra.

Kejadian itu mengorbankan seorang remaja perempuan, Nurul Ain Ibrahim, 19, yang ditimpa sebatang pokok yang patah secara tiba-tiba ketika ia cuba mencari tempat berteduh daripada ribut itu di Pantai Kemayang, Bachok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saiful Bahari Mohd Nor berkata, mangsa berada di dalam kedai makan dan cuba untuk melarikan diri apabila ribut kuat melanda.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 3.40 petang tadi, mangsa sedang berselindung bersama teman lelakinya, Zamri Mustafa, 24, di sebuah kedai makan di pantai terbabit sebelum tiba-tiba ribut luar biasa melanda kawasan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wacana Ilmuan:

Ya Allah, anugerahkan kepada ku husnul khatimah, amin ya rabbal alamin.

Pandangan anda dihargai

3 thoughts on “”

  1. Subhannallah. Alhamdulillah, syukur pada Allah negara kita masih selamat dari bencana besar yang sedang berlaku disekliling kita. Apakah ini juga ujian Allah pada kita supaya tahu bersyukur diatas kenikmatan keamanan yang diberi atau amaran yang nyata tentang kekuasaanNya sebelum kita juga dilanda bencana yang lebih teruk lagi kerana dosa kita sendiri. Masihkah kita rasa selamat dan terus berpecah belah. Siapa yang dapat membantu kita selain Allah dan saudara saudara seagama kita bila malapetaka besar belaku nanti. Sempena Syawal ini, marilah kita hubungi dan perkuatkan silatuhrahim supaya negara kita akan terus terselamat dari bencana besar InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0